Kita selalu
mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong² radio & di kaca
televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah² yang telah melakukan jenayah
berat seperti mengedar dadah, membunuh & sebagainya. Bayangkan jika kita
sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut & kering darah
merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut & dibiarkan
tergantung sampai mati. Harap² dijauhkan, amin…
Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita
tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar & juga kecil, kerana
dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.
Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus
dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang
akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali
gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya
dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri & ia
diklasifikasikan sebagai senjata & ianya disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara² yang
kita kena ikut. Tidak boleh ambil & terus pasang. Ada empat jenis tali &
tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali
sebagai banduan akhir & ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman
dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
& hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun² sehingga habis
keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan
& Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman & di dalam
waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman
akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan
beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat,
selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama,
cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung
selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia
dibawa keluar dengan tangan bergari & kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar
penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai
RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela
setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin solat, tak kira agama, menunggu dengan tenang &
sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat²
terakhir.
Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samsul, ‘Ada sesetengah
banduan puas hati & beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana
mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar
ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata
mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata² terakhir seorang
banduan untuk anak²nya, yang masih Samsul ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai T-shirt putih &
seluar solatnya. Ada yang memilih kot & tali leher. Ada yang pakai kasut
kulit berharga RM300. Mati penuh bergaya, kata banduan itu dengan jenaka,’
cerita Samsul.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah & doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan
dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.
Menurut Samsul, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang
gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya
mengambil masa kira² 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samsul, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit & banduan akan
diturunkan & diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar
tergantung.
‘Saya sering ingatkan pembantu² saya supaya menghormati jenazah
kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada
masalah.
‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh ketua saya
dahulu,’ kata Samsul.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samsul.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai² murni kepada anak² mereka
untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala²nya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup.
Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan
terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung
adalah
berkaitan dengan dadah.
berkaitan dengan dadah.
Kongsilah sbb ini penting untuk mendidik anak² kita ..
Belum ada tanggapan untuk "SEDIH & TAKUT - MESEJ DARI PENJARA"
Post a Comment