Kuching: Keputusan Barisan Na-sional (BN) Sarawak menambah dua calon wanita dalam pilihan raya negeri kali ini disambut baik kerana jelas memperlihatkan pengiktirafan terhadap sumbangan golongan itu.
Selain Anggota Majlis Tertinggi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Faridah Osman, turut disebut-sebut mengisi slot berkenaan Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS), Senator Datuk Doris Sophia Brodi yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.
Timbalan Ketua Wanita BN Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah, berkata pihaknya menyokong pe- nuh hasrat kepemimpinan BN Sarawak untuk menambah dua lagi pencalonan wanita bagi menghadapi pilihan raya negeri kali ini.
Malah, beliau turut menganggapnya sebagai isyarat jelas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem untuk memberi lebih banyak peluang kepada penyertaan wanita dalam kerajaan negeri, khususnya pada peringkat pembuat dan penentu dasar.
Usaha pastikan kemenangan
"Biar siapa pun calon yang di- pilih, kita berterima kasih kepada Tan Sri Adenan (Satem) di atas kepercayaan diberikan beliau terhadap Pergerakan Wanita BN Sarawak, khususnya Pergerakan Wanita PBB.
"Yang pasti, kita komited dalam usaha memastikan kemenangan besar semua calon wanita yang bakal ditampilkan kali ini, sekali gus memastikan suara kita (wanita) lebih didengari dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus memainkan peranan lebih aktif dalam proses penentuan dasar kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada BH selepas mempengerusikan sesi taklimat Program Home Made Market 2016 di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini, kelmarin.
BN Sarawak ketika ini hanya mempunyai tiga wakil rakyat wanita, dengan kedua-duanya dari PBB iaitu Fatimah sendiri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat merangkap Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak dan ADUN Semariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan ADUN Lingga, Simoi Peri.
Parti serpihan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang mesra BN mempunyai seorang wakil rakyat wanita, Rosey Yunus yang juga ADUN Bekenu, selain memegang portfolio Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak Kanak Sarawak.
Belum ada tanggapan untuk "PRN Sarawak Dua Calon Wanita Ditambah"
Post a Comment