SUBANG JAYA - Polis membu- ru lima lelaki yang disyaki terbabit dalam tiga kejadian samun di kawasan perumahan SS14 dan SS17 di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli (gambar kecil), kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 4 pagi di sebuah rumah . teres dua tingkat di Jalan SS17/3B sebelum kumpulan penyamun tersebut menyamun sebuah rumah kebaji- kan di Jalan SS14 dan sebuah lagi rumah teres dua tingkat di Jalan SS14/6M.
"Pada kejadian pertama di kediaman seorang guru bersama dua rakannya, mereka men- galami kerugian lebih RM30,000 apabila kumpulan penyamun melarikan dua komputer riba, tiga telefon bimbit, tiga kepingan emas bernilai RM20,000, seutas rantai dan gelang emas bernilai RM10,000 serta wang tunai berjumlah RM2,000.
"Kumpulan ini kemudian bertindak menyamun sebuah rumah kebajikan di Jalan SS14 yang didiami seorang penjaga dan 10 kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun. Mereka melarikan dua rantai emas, wang tunai berjumlah RM3.800 dan 11 buku bank," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, kumpulan tersebut kemudian merompak rumah ketiga yang disewa enam orang dan melarikan beberapa dokumen peribadi, sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM200.
Ujar Yahaya, pihaknya percaya ketigatiga kejadian tersebut dilakukan oleh kumpulan sama dipercayai warga tempatan berusia 25 hingga 40 tahun.
"Modus operandi kumpulan ini ialah menyamun mangsa mereka dengan bersenjatakan parang, penyembur lada serta tali kabel untuk mengikat mangsa.
Siasatan awal menunjukkan kumpulan ini memasuki kediaman mangsa mereka melalui pintu depan yang diumpil," jelasnya.
Kata beliau, kumpulan tersebut dikesan melakukan jenayah itu dengan menaiki sebuah ken- deraan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Susulan kejadian itu, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memburu suspek- suspek yang terlibat selain raeningkatkan kawalan rondaan di sekitar Subang Jaya.
Kosmo! pada 8 Januari lalu melaporkan, penduduk di sekitar Bangi gempar dengan tujuh kejadian samun berparang yang berlaku dalam tempoh beberapa jam.
Salah seorang mangsa meru- pakan isteri seorang pengawal peribadi seorang kenamaan yang kerugian RM70,000 selepas rumahnya di Bandar Bukit Mahkota disamun.
-Jumaat 15.1.2015-KOSMO
Belum ada tanggapan untuk "Samun Tiga Rumah Dalam Masa Dua Jam"
Post a Comment