BANGKOK - Serpihan besi yang disyaki milik pesawat MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu didakwa ditemui di pantai selatan Thailand semalam, lapor Reuters.
Serpihan kepingan logam yang melengkung berukuran dua meter lebab dan tiga meter panjang itu ditemui di pantai wilayah Nakhon Si Thammarat oleh penduduk kampung sebelum dilaporkan pada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan rasmi bahawa serpihan itu milik MH370.
Salah seorang nelayan yang menemui serpihan itu berkata, objek itu berkemungkinan sudah berada di bawah laut tidak lebih dari setahun, berdasarkan teritip yang melekat di atasnya. - THEHYPEMEDIA.COM
Belum ada tanggapan untuk "Serpihan Pesawat MH370 Ditemui Di Pantai Thailand?"
Post a Comment