Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240 di Istana Negara.
Mesyuarat sehari itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang yang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Semua Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing.
Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hadir ke mesyuarat berkenaan dengan diiringi ketua menteri masing-masing. – Bernama, 17 Februari 2016.
Belum ada tanggapan untuk "Sultan Selangor Mempengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja"
Post a Comment