KUALA LUMPUR-Tiga sindiket pemprosesan dan pengedaran da- dah heroin, syabu, esta- cy dan ganja bernilai RM1.6 juta, tumpas selepas digempur Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), dalam tempoh 24 jam sejak kelma- rin.
Serbuan dijalankan sejak petang kelmarin dan berakhir pagi semalam di Pulau Langkawi; Taman Teja, Changlun, Kedah dan mak- mal pemprosesan dadah di Cameron Highlands.
Dalam ketiga-tiga serbuan itu pasukan STING menahan 17 rakyat tempatan, termasuk seorang wanita yang diperca- yai adalah pembekal utama dadah heroin dan estacy diPulau Langkawi.
Wanita terbabit dipercayai mendapatkan bekalan dadah berkenaan dari tanah besar dan mengedarkannya kepada penjual kecil-kecilan di sekitar pulau sejak tahun lalu.
3 ditahan di hotel
Di Cameron Highlands, pasukan STING pada mulanya menahan tiga individu di sebuah hotel di Brinchang sebelum membawa kepada serbuan sebuah makmal mem- proses syabu di kawasan Blue Valley.
Hasil serbuan susulan itu polis menahan empat lagi suspek serta merampas peralatan memproses dadah syabu, syabu tulen dan bahan kimia.
Siasatan mendapati lima dari individu terbabit pernah ditahan atas kesalahan berkai- tan dadah dan dikenakan tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).
Tahan empat orang
Serbuan ketiga pasukan eht Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Taman Teja, Changlun, membawa kepada penahanan empat individu yang dipercayai turut terbabit memasarkan dadah heroin dan estacy ke sekitar Lembah Klang dan utara tanah air.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi laman sosial Twitter miliknya turut merakamkan penghargaan kepada STING atas ke- jayaan menumpaskan tiga sindiket dadah berkenaan.
Belum ada tanggapan untuk "DADAH RM1.6 JUTA BERJAYA DIRAMPAS"
Post a Comment