S: Bagaimana Tan Sri melihat tindakan kali kedua Dr Mahathir keluar UMNO?
J: Ini satu lagi tragedi berulang yang membabitkan negarawan, pemimpin yang pernah diangkat oleh UMNO. Sa- ngat sedih kerana negarawan yang pernah disanjung UMNO sanggup berbuat demikian untuk meraih simpati dan sokongan dalam usaha beliau menyingkirkan Presiden parti sedia ada. Ini sudah tentu akan memudaratkan UMNO tef’iitama dalam pilihan raya umum akan datang.
S: Adakah ini satu bentuk ugutan semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi Dr Mahathir?
J: Memang ini satu ugutan seperti yang beliau pernah buat pada 2008 untuk menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sangat sedih kerana ia dilakukan orang yang matang dalam p’olitik tanah air sedangkan beliau adalah negarawan disanjung ramai, malah lebih peka dalam isu berkaitan parti. Jika sayang kepada parti, bukan tindakan sebegini dibuat, lebih-lebih lagi untuk kali kedua.
S: Bagaimana dengan kedudukan UMNO dan kesannya tindakan ini kepada perpaduan parti?
J: Taktik Dr Mahathir kali ini saya rasa tidak mendapat simpati ramai kerana orang sudah jemu dengan apa yang beliau buat pada UMNO dan Najib. Impaknya tidak sama dengan tindakan pertama beliau keluar UMNO du- lu. Perlu ada tinjauan mengenai perkara ini untuk kita mengetahui kedudukan dan sokongan ramai terhadap parti. Dalam parti, saya percaya UMNO dalam kedudukan yang selesa kerana bahagian masih per- caya dengan kepemimpinan Najib, namun kita tidak tahu dengan sokongan luar parti.
S: Apakah yang UMNO boleh dan i perlu lakukan dengan perkemba- i ngan terbaru ini?
J: Ahli UMNO perlu diingatkan bahawa sekarang bukan masa untuk menanamkan semangat dan’berpe- gang kepada ideologi serta sejarah sematamata. Cabaran UMNO berbeza berbanding dulu yang mana ahli ditanamkan dengan semangat kecin- taan kepada parti. Ideologi untuk ge- nerasi sekarang adalah mengenai masa depan dan hala tuju parti. Perjuangan selaras dengan situasi semasa. Orang muda dalam parti ti- dak hanya membincangkan isu se- mangat dan perpaduan, malah mem- fokuskan cabaran dan kekuatan parti termasuk isu ekonomi dan hal ehwal semasa global.
S: Bagaimana kesan tindakan Dr Mahathir terhadap Barisan Nasional (BN) dan peluang parti itu pada pilihan raya umum akan datang?
J: Saya percaya dengan semangat BN maka parti komponen lain tidak akan campur tangan. Ini masalah dalaman yang boleh diselesaikan oleh parti ma- sing-masing. Sebelum ini pun, UMNO tidak campur tangan dalam menyele- saikan pergolakan dalaman MIC ma- hupun MCA, begitu juga parti komponen lain. Saya melihat tindakan Dr Mahathir adalah alasan peribadi semata-mata, bukannya suara majoriti dalam parti. Tidak dinafikan tindakan Perdana Menteri keempat itu pasti memberi kesan terhadap peluang BN pada PRU akan datang, namun kesannya hanya minimum dan pastinya ia tidak boleh dipandang remeh oleh jen- tera parti yang seharusnya memper- giatkan usaha meningkatkan sokongan rakyat.
-Berita Harian 2 Mac 2016
Belum ada tanggapan untuk "Mahathir Keluar Umno Taktik Raih Simpati"
Post a Comment