Putrajaya: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata sehingga semalam, beliau belum menerima sebarang surat rasmi daripada Tun Dr Mahathir Mohamad berhu- bung tindakan keluar parti itu.
"Saya tidak dapat lagj," katanya ringkas ketika ditanya pemberita di Menara Sri Wilayah, di sini semalam.
Kelmarin, bekas Perdana Menteri itu mengumumkan beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, keluar daripada UMNO berkuat kuasa sertamerta.
Tengku Adnan berkata, UMNO kini mencatatkan peningkatan keahlian pada setiap bulan.
Terdahulu, Tengku Adnan, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wi- layah Persekutuan, menghadiri Sesi Peijumpaan Menteri Wilayah Persekutuan bersama Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan.
Katanya, agenda utama pertemuan yang diadakan setiap tahun itu bertujuan mendengar dan membincangkan permasalahan rakyat yang tinggal di Wilayah Persekutuan melalui Ahli Parlimen.
Bincang isu perumahan
"Pada sesi perjumpaan kali ini, kita putuskan untuk mengadakan bengkel khusus bagi membincangkan masalah perumahan di sekitar Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur.
"Satu sesi khas akan diadakan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan itu," katanya.
Sementara itu, berhubung cadangan mewujudkan litar khas untuk 'mat motor' berlumba secara sah di jalan raya, Tengku Adnan berkata untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan golongan itu, punca kenapa ia berlaku perlu dicari.
"Salah satu cara adalah memberi mereka ruang untuk lakukan apa yang diminati. Kita juga tahu ada sindiket yang memperalatkan mereka meng- gunakan cara perjudian apabila perlumbaan haram diarlakan. Ini permasalahan perlu kita atasi," katanya.
-Berita Harian
Belum ada tanggapan untuk "Mahathir Undur UMNO Belum Terima Surat"
Post a Comment