Ada seorang wanita Cina datang dan duduk di sebelah saya. Ayat pertama biasalah, "Awak orang Melayu ke?" tanyanya.
"Iya," balas saya dengan senyuman juga.
"Iya meh? Saya ingat Russian tadi," selorohnya menyebabkan saya 'kembang' sekejap.
"Kita memang suka maa dengar ceramah macam ni. Semua betul tetapi bila mau buat, manyak susah," sambungnya lagi.
"Apa yang susah auntie? Susah nak kawal selera makan ke?" soal saya.
"Kawal selera makanan itu manyak senang. Tetapi bila sudah tua, duduk sama anak, ikut saja maa anak kasi apa. Tak boleh minta-minta. Nanti... " katanya sambil membuat isyarat tangan orang bergaduh membuatkan saya tergelak saja.
"Dulu masa anak masih kecil, kita mesti fikir apa yang dia mau, makan apa, dia suka apa. Kita tak suka tak apa, janji anak suka. Bila anak sudah besar, tak mungkin anak mau tanya kita boleh makan apa. Apa dia kasi, kita ambil saja," katanya.
Lalu dia meminta diri untuk bertemu dengan doktor kerana nombor gilirannya dipanggil.
Kalau tidak, silap haribulan saya kesat air mata di depan auntie Cina itu. Rasa macam kena tampar sedas bila auntie cakap seperti itu. Teringat pula ibu bapa di kampung. - Fatihah Ismail | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Belum ada tanggapan untuk "'Bila Anak Dah Besar, Tanya Mereka Sikit Dah Naik Marah'"
Post a Comment