Pemberontakkan dalam PAS semakin menjadi jadi apabila Husam Musa terus dilihat menyerang secara terbuka.
Terkini Husam Musa menyerang PAS dengan mengaikkan matlamat untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan sebagai mainan politik.
Manakala Husam Musa pula dituduh sebagai lidah DAP.
Peperangan ini dilihat satu pekara tidak sihat sedang berlaku dalam parti itu apabila Husam Musa tokoh PAS yang dihormati sewaktu dahulu kini menyerang pemimpin PAS Kelantan.
Secara jelas Husam Musa menyatakan agenda hudud sebenarnya dirancang oleh Naib Presiden Pas,Mohd.Amar dan Setia Usaha Agung PAS,Datuk Takiyuddin Hassan dan agenda itu juga menyebabkan berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang.
Andai tuduhan Husam Musa hanya tertumpu kepada Mohd.Amar dan Takiyuddin ,bagaimana dengan pemimpin PAS lain seperti arwah Nik Aziz yang konsisten mahu hudud dilaksanakan.
Husam Musa yang juga ADUN Salor sepatutnya melihat juga hasrat melaksana hudud di Kelantan adalah hasrat bersama dan kenapa kini baru Husam Musa bersuara Hudud adalah agenda yang memecah belahkan pakatan pembangkang.
Agenda untuk melaksanakan hudud menjadi agenda PAS sejak sekian lama dan Husam Musa bukanya baru bertunas dalam PAs.Oleh kerana itu mengapa runggutan itu baru berlaku?.
Tidak hairanlah penyokong PAS bersetuju menyatakan Husam Musa sebagai senjata DAP untuk menyerang PAS dan dalam politik tidak mustahil ia boleh berlaku.
Gesaan Husam Musa supaya Timbalan Menteri Besar dan Setausaha Agong PAS letak jawatan bukan satu keputusan bijak dari orang yang bijak berikutan Mohd.Amar dan Takiyuddin Hassan masih mendapat sokongan ahli parti.
Agenda hudud yang diperjuangkan oleh PAS sejak sekian lama dan dianggap sebagai pemecah belah antara parti politik yang pernah berada dalam barisan pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) ia adalah dianggap hal bodoh apa lagi untuk desak dua nama besar itu letak jawatan.
Husam Musa perlu ingat,dia juga didesak letak jawatan sebagai ADUN Salor dan YDP Kubang Kerian oleh Dewan Penuda Pas Kelantan berikutan beliau tidak dilihat membantu parti itu sejak akhir-akhir ini.
Suara mendesak supaya Mohd.Amar dan Takiyuddin letak jawatan hanya datang dari Husam Musa berbanding dengan suara desakkan supaya Husam Musa letak jawatan datangnya dari Dewan Pemuda PAS,dan Husam Musa harus tahu siapakah yabg lebih kuat?.
Sikap Husam Musa yang suka mengkritik dalaman PAS secara terbuka ia sebenarnya menempah tiket kekalahan di DUN Salor pada pilihan raya umum 14 nanti.
Husam Musa sendiri juga sudah boleh agak yang dia akan kalah disitu.
Pemerhati politik melihat tindakkan Husam Musa desak dua nama besar dalam PAS letak hawatan hanya sebagai penarik perhatian berikutan dia sendiri ibarat kambing yang berpecah dari kumpulannya.
Husam Musa juga harus sedar pemikiran yang ada padanya bukan lagi relevan dengan harus politik kini yang semakin berubah mengikut arus semasa.
Belum ada tanggapan untuk "Husam Musa Seperti Kambing Terpisah Dari Kumpulan"
Post a Comment