"Salam. Bro, ada duit tak? Aku nak pinjam RM900. Bulan depan dah ada duit, aku terus bayar. Bantu orang yang memerlukan, inshaAllah dapat pahala dan dimurahkan rezeki,"
Zaman susah seperti pada masa ini, ramai yang tidak cukup duit sehingga terpaksa berhutang bagi memenuhi keperluan dan kehendak.
Apabila mendapat mesej seperti di atas, kalau rasa nak bantu sangat tolong pastikan anda buat perkara berikut:
- Minta sediakan 'Black and White'
- Nyatakan tarikh pinjaman dibuat
- Letakkan juga tarikh bila peminjam mahu membuat pembayaran
- Kaedah bayaran (lump sum atau secara ansuran)
- Kalau tak bayar pada tarikh yang ditetapkan, apa tindakan? Kalau ada masa tambahan seminggu dua tetapi masih gagal membuat pembayaran, bagaimana pula?
- Ada cagaran atau tidak?
- Semasa menandatangani dokumen, harus ada dua orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan untuk menjadi saksi. Kalau perlu, siap tangkap gambar dan rekod video.
Kalau tidak kisah jumlah duit yang hendak dipinjamkan itu, nanti tak dapat balik, tak perlulah ada dokumen bagai. Kalau dia tak bayar, ikhlaskan saja. Tetapi jika terasa berat nak menghalalkan dan tidak mahu putus saudara atau hilang kawan, boleh cuba kaedah dokumen seperti yang saya cadangkan di atas.
Ada surat hutang macam mana sekali pun tidak akan menjamin hutang itu akan dibayar. Tetapi setidak-tidaknya, jika tidak dibayar, ada rekod yang boleh dijadikan sebagai rujukan pada bila-bila masa apabila ia diperlukan. Orang yang nak berhutang pun haruslah menunjukkan komitmen untuk membayar semula pinjaman kan?
Apa yang paling penting, surah paling panjang dalam Al-Quran ajar supaya buat seperti ini bila hendak berhutang. Boleh rujuk surah Al-Baqarah: 282.
Kalau orang yang nak berhutang tetapi bukanlah terdesak sangat dan benar-benar memerlukan duit, cara seperti ini boleh membuatkan si peminjam berfikir banyak kali sebelum meneruskan niat untuk meminjam. - Raisul Fadhla Safiruddin | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Belum ada tanggapan untuk "Lakukan 7 Perkara Ini Jika Rakan/Saudara Ingin Meminjam Wang"
Post a Comment