Fitnah:Mahathir Disiasat Polis



KUALA LUMPUR, 15 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat atas kesalahan jenayah fitnah ekoran penulisan di blognya baru-baru ini, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua polis negara berkata beberapa laporan sudah dibuat terhadap Dr Mahathir berhubung penulisannya mengenai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Kami sudah memulakan siasatan beberapa hari lalu.

“Jika terdapat kes, kami akan merujuknya kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya seperti dilaporkan portal New Straits Times.

Dr Mahathir dilaporkan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini mendakwa tulisan di blog Dr Mahathir yang bertajuk “AG to AG” pada 3 Februari lalu berunsur hasutan.

Dalam kiriman terbaru di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata: “ketua penerangan baru menjangkakan saya melakukan ini kerana mahu ditangkap. Ia jelas satu peringatan yang boleh diterjemah untuk menangkap saya.”

Dr Mahathir menerusi blog sama pada 5 Februari lalu menyerang Apandi berhubung keputusan beliau tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan pendakwa utama negara itu tiada kredibiliti.

Katanya, peguam negara juga bertindak sebagai hakim dan pendakwa dalam satu masa bagi kes itu selain menuduh Apandi berada di bawah kawalan Najib.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Fitnah:Mahathir Disiasat Polis"

Post a Comment