Sesiapa Yang Tidak Percayakan Persepsi, Maka ia Adalah Primitif?

Jika ada 3 orang diantara kamu yang buat tekaan
 terhadap jumlah kaki gajah sudah pasti akan menimbulkan pertikaian-


Termenung aku dijendela kejahilan lalu ku bangkit mencari Qalam Allah,menerpa sabda Rasulullah Salallahualaiwasalam bagi merungkai kata-kata seorang sahabat yang ku kira berilmu pada gulungan ijazah tetapi tidak faham apa itu Ilmu.

Semalam juga ku terpanah dengan kata sahabat ku,apa tidaknya apabila seorang yang ku kira berilmu rupanya jahal dengan Ilmunya.

Dia kata,''Barang siapa yang tidak percayakan kepada persepsi maka orang itu tergulung antara orang-orang primitif.

Aku tidak mahu memanjangkan artikel ini dengan hujah-hujah sahabat ku,namun aku cuba usahakan untuk memperjelaskan apa itu persepsi dan aku telah menghubunginya supaya membaca tulisan orang yang tidak berpelajaran tinggi ini.

Sahabat,pandangan seperti itu sangat bertentangan dengan Firman Allah yang boleh dilihat pada surah al-Hujrat dan mana mungkin sebagai seorang beraqidah Islam mempercayai kepada persepsi yang tidak ditampilkan bukti kukuh.

Sahabat,apa yang kamu huraikan bahawa,sangkaan ialah Persepsi atau tanggapan dan ia terbahagi kepada dua darjat(kedudukan) boleh dikira tepat.

1-Persepsi (sangkaan baik)

2-Persepsi(sangkaan buruk)

Menurut kamus bahasa edisi keempat yang sempat aku semak dengan Imu yang sedikit ini,bahawa prasangka ialah sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki yang sebenarnya). Sedangkan berprasangka ialah menaruh prasangka. Adapun keprasangkaan pula ialah sifat (rasa) prasangka.

Yang baik-baik ramai masyarakat dah faham tapi yang buruk ramai pula buat-buat tak faham sehingga terjebak memakan daging saudaranya sendiri.

Sangkaan yang dimodenkan kepada persepsi telah sangat popular dikalagan masyarakat umum tidak kira samada Islam atau non Islam sejak ke Rasulan Nabi Muhammad sehingga para sahabat nabi juga turut terjebak lalu ditegur oleh baginda.

Sama-sama renung kepada sirah yang banyak memberi pengajaran dan pelajaran kepada seluruh umat Islam.
Lihatlah kepada peristiwa di antara Salman al-Farisi dengan dua sahabat di mana mereka terlewat bangun tidur.

Sedangkan Salman telah ditugaskan untuk menyediakan makanan buat mereka.oleh kerana Salman terlewat,kedua-dua sahabanyanya telah menyuruh Salman bertemu Rasulullah untuk mengambil makanan.

Setelah Salman sampai kepada Rasulullah,Salman menyatakan hajatnya,lalu Rasululah memaklumkan kepada Salman bahawa makanan telah habis, lalu menyuruhnya berjumpa dengan Usamah bin Zaid yang ditugaskan menjaga bekalan.

Salman pun pergi berjumpa dengan Usamah sebagaimana diarahkan kepada beliau oleh Rasulullah, namun Usamah juga menyatakan makanan sudah habis.
Lalu Salman balik bertemu dua sahabatnya dalam keadaan tiada makanan bersamanya.

Manakala dua sahabatnya pula menuduh Usamah bakhil kerana sengaja tidak mahu memberi mereka makanan.
Akhirnya Salman dihantarkan pula kepada sahabat-sahabat lain untuk memperolehi makanan.

Semasa ketiadaan Salman, dua sahabat mula bercakap-cakap mengenai Salman dengan tidak mengharapkannya lagi.
Kelakuan dua sahabat Salman yang sedang bercakap-cakap diperhatikan oleh Rasululah lalu baginda Rasulullah bersabda.
ما لي أري خضرة اللحم في أفواهكما
Maksudnya:
”Aku melihat kamu berdua sedang memakan daging.”
Lalu sahabatnya berkata:
يا نبي الله و الله ما أكلنا فى يومنا هذا لحما و لا غيره
Maksudnya:
“Wahai nabi Allah, kami tidak makan apa-apa lagi pada hari ini sama ada dagingatau makanan yang lain.”
Rasulullah menjawab:
ولكنكما ظلمتما تأكلان لحم سلمان و أسامة
Maksudnya:

“Tetapi kamu berdua berlaku zalim dan kamu telah memakan daging saudara kamu iaitu Salman al Farisi.”

Dengan peristiwa ini turunlah ayat 12 yang boleh diibaca pada surah al-Hujrat
Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Sahabat,dalam cerita yang ringkas ini,jangan lupa kepada sabda:
Maksudnya: ”Awasilah kamu daripada berprasangka, kerana prasangka adalah sebohong-bohong ucapan.”(Muttafaqun alaihi).(semua ulama muktabar dan kini sepakat menerima hadis ini)

Nak buat apa buatlah,ingatlah buruk tetaplah buruk kerana najis jika diletak dalam dulang emas,emas itu tetap emas,manakala najis tetap lah najis walaupun diletakan dalam dulang emas.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Sesiapa Yang Tidak Percayakan Persepsi, Maka ia Adalah Primitif?"

Post a Comment