Lelaki Ugut Letupkan Rumah Perdana Menteri Ditangkap



KUALA LUMPUR, 14 Feb — Seorang lelaki, yang mengeluarkan kenyataan mengugut untuk meletupkan kediaman perdana menteri dalam laman Facebook miliknya, ditahan reman lima hari bermula Jumaat.

Menurut laman Facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM), lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130G Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama semalam mengesahkan suspek itu ditahan di rumahnya di Parit Buntar, Perak.

Suspek berusia 28 tahun itu telah memuat naik status berkenaan itu pada 4 Februari lepas.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya memandang serius ugutan yang dilakukan individu berkenaan dan mengesan pemilik akaun itu untuk membantu siasatan.

Di Ipoh, timbalan ketua siasatan jenayah/operasi Perak ACP Fadzil Ahmat berkata lelaki berkenaan ditahan di rumahnya pada 4.30 petang.

Beliau berkata siasatan kes itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5 Bukit Aman). — Bernama

- See more at: http://ift.tt/1QA1t7n


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Lelaki Ugut Letupkan Rumah Perdana Menteri Ditangkap"

Post a Comment