#BAJE2016: BR1M Ditingkatkan Daripada RM950 Kepada RM1000 ( Kemaskini, semak status & permohonan BRIM )

Menurut satu kajian dibuat terhadap sekumpulan penerima brim, keputusan menunjukkan setinggi 93 peratus dalam kalangan yang diberi brim mengatakan brim 2016 tidak akan cukup. Mereka mengadu bahawa kos hidup terlalu tinggi disebabkan kadar 6% gst.





Kajian tersebut dibuat dari 5 – 15 Oktober, melibatkan 2000 individu. Terdapat 65 peratus daripada 2000 orang yang ditemuramah berkata keadaan kewangan mereka terjejas akibat pengenalan gst yang dikuatkuasa bulan April yang lalu.

80% daripada responden mengharapkan kadar GSt diturunkan. Dan lebih separuh daripada mereka mahukan brim diperhenti dan perkenalkan balik sistem subsidi.
“Minyak naik sebab tiada subsidi seperti yang dijalankan dahulu. Saya rela tiada brim dari tiada subsidi minyak, sebab apabila harga minyak tinggi, barangan semua akan naik harga.”
– kata seorang yang ditemuramah.
Berkenaan dengan pemilikan rumah, ramai yang didapati masih belum berupaya untuk membeli rumah di sekitar klang valley. Dengan pelbagai skim yang dikeluarkan kerajaan seperti PR1MA, setinggi 42% masih gagal memiliki rumah yang berkos RM200,000.
“Kaedah yang paling efektif sebenarnya ialah kurangkan cukai loan. Kadar cukai terlalu tinggi menyebabkan pembeli was-was untuk memiliki sebarang harta tanah.”
Dalam bajet 2016 yang akan datang, kerajaan berjanji akan fokus kepada hal berkaitan perumahan, qualiti hidup dan pendidikan.





Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "#BAJE2016: BR1M Ditingkatkan Daripada RM950 Kepada RM1000 ( Kemaskini, semak status & permohonan BRIM )"

Post a Comment