Mahu Jadi Terkenal Wanita Rogol Lelaki




LIMPOPO - AFRIKA SELATAN. Pihak berkuasa Limpopo kini sedang menyiasat dakwaan terhadap seorang lelaki yang didakwa dirogol oleh seorang wanita.

Memetik laporan portal antarabangsa, News24.com, lelaki itu dirogol semata-mata untuk memuaskan nafsu wanita terbabit.

Dalam masa yang sama, wanita itu turut merakamkan perbuatannya menerusi sebuah telefon bimbit dan ia dilakukan semata-mata untuk memperoleh populariti.

Perkara tersebut disahkan oleh sebuah bukti rakaman yang dijumpai dalam telefon bimbit yang menunjukkan lelaki itu ditolak jatuh ke lantai sebelum dipaksa berbogel.

Difahamkan, perogol tersebut berusia 50 tahun.

Kes itu sedang disiasat dan tiada penahanan dilakukan setakat ini.

Difahamkan lagi, mangsa dan suspek sudah berkahwin dengan pasangan masing-masing dan mempunyai anak.




Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Mahu Jadi Terkenal Wanita Rogol Lelaki"

Post a Comment