Guru Besar SJK(C) Pai Chee Dipindahkan


PUTRAJAYA - Dalam perkembangan terbaru kes SJKC Pai Chee, Mersing, Johor, Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan dengan memindahkan Guru Besar sekolah itu ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) buat sementara waktu untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan guru wanita terbabit. 

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tiga lagi guru sekolah terbabit dalam kes itu juga akan dipindahkan. 

Pihak Kementeriannya juga telah menubuh satu pasukan khas untuk menyiasat kes itu dan dijangka siap dalam masa tiga hari. 

"Laporan penuh dijangka siap dalam tempoh 3 hari bermula dari tarikh siasatan awal. Harap semua pihak bertenang dan tidak menganggap ini satu kes perkauman. Kes seperti ini jarang berlaku," katanya melalui laman Facebook. 

Dalam siasatan awal pihak polis, kejadian itu berlaku berpunca dari salah faham di antara guru, murid dan ibu bapa murid terbabit. 

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M. Kumar berkata, pihaknya telah mengambil keterangan guru berkenaan dan beberapa pihak bagi membantu siasatan. 

"Tiada unsur perkauman dalam kes ini. Beri kami ruang untuk jalankan siasatan," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Guru Besar SJK(C) Pai Chee Dipindahkan"

Post a Comment