'Suka Beli Barang Berjenama, Berlagak Kaya Padahal Kami Keluarga Susah'


Saya ada seorang adik perempuan. Muda lagi dan tengah sambung degree. Dia pakai tudung, solat semua terjaga. Kawan-kawan dia ramai yang 'hot stuff', jenis instafamous gitu. 

Dulu semasa sekolah, suka lepak di Pavillion. Paling best adik saya seorang saja yang pakai tudung. Korang dulu ingat lagi yang dulu ada page Anti Pavilion Kids kan? Ha, macam  itulah jenis kawan-kawan adik saya ini. Serius saya tak gemar dengan kawan-kawan dia. 

Sekarang, kawan-kawan dia itu sudah insaf (berhijab) tetapi masih hot stuff lagi. Adik saya ini pula jenis yang mudah terpengaruh dengan kawan-kawan dia. Kawan dia makan Starbucks, dia pun nak makan Starbucks. Kawan dia beli iPhone, dia pun nak beli iPhone. 

Padahal realitinya keluarga kami bukan orang senang. Kawan-kawan adik saya itu pun lagilah, rumah PPR dan ada yang yatim piatu. Tetapi selalu upload gambar di Instagram acah-acah hipster. 

Adik saya boros orangnya. Suka beli barang berjenama dan berlagak seperti orang kaya. Sekali tengok adik saya ini dengan kawan-kawannya seperti anak Tan Sri. Tak mainlah kan beli baju di pasar malam ini. Paling-paling murah pun mestilah Uniqlo. 

Saya kasihan pada ibu dan ayah. Ibu punyalah berjimat masak hari-hari di rumah. Penat dia beri ceramah pada adik tetapi adik tidak pernah mahu mendengar. Ibu dari dulu tak suka kawan-kawan adik. Tahu sajalah naluri seorang ibu itu bagaimana. 

Satu saja yang saya bersyukur iaitu mujur saya tidak mempunyai kawan-kawan yang acah-acah hipster. Buat apa nak nampak up-to-date kalau realitinya kita orang miskin? - Selipar Hijau (IIUM Confessions - BM) | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Suka Beli Barang Berjenama, Berlagak Kaya Padahal Kami Keluarga Susah'"

Post a Comment