Hamil Anak Kedua, Liyana Jasmay Sudah Rancang Anak Ketiga





Pelakon Liyana Jasmay yang kini sedang hamil lima bulan menjelaskan bahawa dia dan juga suami sudah pun merancang untuk cahaya mata ketiga kerana ingin terlebih dahulu memberi tumpuan kepada anak pertamanya, Sofia serta anak keduanya yang bakal lahir nanti.











“Sebelum ini, saya dan suami merancang untuk kembali hamil selepas Sofia berusia setahun. Kami tidak mahu Sofia membesar sendirian tanpa teman. Cuma untuk anak ketiga, kami cuba untuk menjarakkan sedikit masa kerana mahu Sofia dan adiknya terlebih dahulu matang sebelum menerima kehadiran orang baru”


“Saya belum melakukan imbasan untuk mengetahui jantina anak kedua. Saya tidak kisah dikurniakan anak lelaki atau perempuan kerana setiap cahaya mata mempunyai kelebihannya yang tersendiri,” jelasnya kepada Berita Harian.



Semoga apa yang dirancang oleh keluarga kecil ini nanti bakal berjalan dengan mudah. Kehadiran insan baru nanti pastinya menambahkan lagi kemeriahan dan juga seri rumah tangga.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Hamil Anak Kedua, Liyana Jasmay Sudah Rancang Anak Ketiga"

Post a Comment