Izreen Azminda : Amar Baharin Tak Perlu Terasa Kritikan Saya





Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda telah meluahkan kritikannya terhadap lakonan lakonan Amar Baharin dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang dipentaskan di Istana Budaya selain menafikan perkara tersebut adalah berkaitan dengan hal peribadi.










“Tiada unsur peribadi pun dan Amar tidak perlu terasa dengan kritikan itu. Sebaliknya dia perlu menjadi lebih bersemangat untuk memperbaiki lakonannya kerana rasa tercabar dengan komen saya itu”


“Dan dia tidak sepatutnya persoalkan kenapa saya tidak menghubunginya terus untuk memberi komen. Saya rasa macam tak logik pula setelah sekian lama tidak berhubung, tiba-tiba saya hubungi dia semata-mata mahu beri pandangan tentang lakonannya”




“Nombor telefon dia pun saya dah tak ada. Sepatutnya dia perlu rasa tercabar dengan kritikan yang diberi untuk menjadi lebih bagus. Jangan bagi alasan teater itu adalah pementasan pertamanya. Saya pun pernah berlakon teater Tiga Ratu di mana ia adalah persembahan pentas sulung saya”


“Tetapi saya memastikan untuk beraksi sehabis baik agar dapat memuaskan penonton yang menyaksikan lakonan saya. Jika saya boleh buat, kenapa tidak dia? Saya tahu dia mampu memberi lakonan yang lebih baik daripada apa yang saya saksikan pada teater itu,” jelasnya kepada mStar Online.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Izreen Azminda : Amar Baharin Tak Perlu Terasa Kritikan Saya"

Post a Comment