Isteri Syaiful Zero Kini Hamil Dua Bulan




Tahniah diucapkan kepada Syaiful Zero, atau pun lebih dikenali sebagai Melati kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Syaiful memaklumkan bahawa isterinya, Asyura Rudy, 27 kini sedang hamil dua bulan.












“Alhamdulillah, isteri saya kini sudah masuk bulan kedua kehamilan,” jelas Melati kepada portal Media Hiburan. Melati selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya hatinya, Ashura Rudy di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, pada 24 Julai lalu.



Sebelum ini, pelawak itu telah diijabkabulkan pada Julai lalu di Kudat Sabah. Kami juga sempat bertanya mengenai perkembangan rumah keluarganya yang telah musnah dalam tragedi kebakaran pada Jun lalu.

“Rumah kami dalam proses pembinaan semula. Tapaknya, adalah di tapak lama, cuma kedudukan rumah-rumah di kawasan tersebut, tidak lagi serapat dahulu kerana mereka tidak mahu kejadian kebakaran berulang lagi,” katanya lagi.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Isteri Syaiful Zero Kini Hamil Dua Bulan"

Post a Comment