Pemimpin Umno Bidas Pakatan Jatuhkan Najib



KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Ha- midi berkata, sebarang langkah untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri di luar proses demokratik adalah tidak sah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai sistem undang-undang dan demokrasinya sendiri dalam memilih Perdana Menteri.

"Undang-undang harus dipatuhi dan sistem demokrasi yang sama kita dakapi harus terus hormati," katanya kepada pemberita di Jasin, Melaka semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengu- las mengenai kempen terbaharu anti-Najib diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengeluarkan apa yang disebut sebagai Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai Per­dana Menteri.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Dr. Mahathir seharusnya sedar tindakannya bergabung dengan pembang- kang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri bukan sahaja memberi kesan kepada Najib malah parti, kerajaan dan ne- gara.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, sebilangan pemimpin UMNO terbabit seolah-olah mahu mengambil alih peranan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan yang sah ketika ini.
"Saya tidak faham (tindakan) Dr. Mahahir dan beberapa pemimpin UMNO ini boleh duduk semeja dengan pemimpin PKR, Pas, DAP, Amanah (Parti Amanah Negara) serta badan-badan bukan kera- jaan (NGO) lain semata-mata untuk menumbangkan Perdana Menteri.

"Selain itu, NGO-NGO terbabit juga pemah mahu menjatuhkan kerajaan melalui beberapa siri demonstrasi jalanan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menggesa semua ahli UMNO ber- satu untuk menentang sebarang tindakan daripada kumpulan yang diketuai Dr. Ma­hathir itu.

Beliau juga amat kesal dengan kumpu­lan itu yang turut disertai oleh bekas Tim- balan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyid- din Yasin dan bekas Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk men- jatuhkan Najib secara tidak demokratik:

"Dalam Perlembagaan Persekutuan, parti yang menguasai majoriti kerusi Par- limen boleh membentuk kerajaan dan memilih pemimpin dalam kalangan mereka untuk menjadi Perdana Menteri. Adalah jelas Najib menjadi Perdana Menteri ber- dasarkan Perlembagaan Negara.
"Oleh itu, tindakan secara lain adalah bertentangan dengan perlembagaan dan amalan demokrasi," katanya menerusi satu kenyataan akhbar di sini.

Menurut Ismail Sabri, kumpularf itu mahu menyingkirkan Perdana Menteri berdasarkan prinsip demokrasi tetapi sebenarnya gabungan tersebut tidak menghormati prinsip demokrasi yang berlan- daskan mandat daripada rakyat.

"Sebaliknya gerakan Deklarasi Rakyat yang kononnya mahu selamatkan Malay­sia tidak mencerminkan kehendak raky­at," ujarnya.
-KOSMO


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Pemimpin Umno Bidas Pakatan Jatuhkan Najib"

Post a Comment