ADUN BN Bertemu Pemangku Sultan Esok



ALOR SETAR - Satu pertemuan antara Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dengan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan diadakan di sini esok, dipercayai berkaitan kemelut politik membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebagai Menteri Besar.

Beberapa ADUN mengesahkan telah dimaklum mengenai pertemuan itu yang dijangka berlangsung di Wisma Darul Aman, 2 petang esok.

Seorang ADUN yang enggan namanya dinyatakan berkata, beliau menerima makluman tersebut menerusi Whatsapp tetapi enggan mengulas lanjut.

"Surat tiada, tetapi saya mendapat mesej untuk hadir ke pertemuan itu esok," katanya di sini hari ini.

Seorang lagi ADUN berkata, beliau mendapat mesej mengenai perkara itu dan dihubungi oleh seorang pegawai dari Wisma Darul Aman.

Sementara itu, seorang ADUN terlibat mengesahkan akan hadir pertemuan itu, dan difahamkan mereka akan dipanggil mengadap seorang demi seorang.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "ADUN BN Bertemu Pemangku Sultan Esok"

Post a Comment