Apandi Ali Dilantik Sebagai Anggota Lembaga Tabung Haji


PUTRAJAYA - Tan Sri Mohamad Apandi Ali telah dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji. 

Perkara itu disahkan oleh wakil lembaga tersebut, Anis Zuhani Ahmad, lapor THe Malaysian Reverse. 

"Ya, kami boleh sahkan pelantikan Apandi Ali sebagai anggota lembaga Tabung Haji baru-baru ini," katanya. 

Nama Peguam Negara itu juga telah disenaraikan dalam organisasi itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikeluarkan hari ini setelah surat bocor yang kononnya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia memberi amaran bahawa rizab Tabung Haji dalam paras negatif.

Berita pelantikan ini timbul ketika terdapat spekulasi lembaga itu melewatkan bayaran dividen kepada sembilan juta pendepositnya. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Apandi Ali Dilantik Sebagai Anggota Lembaga Tabung Haji"

Post a Comment