'Van Aku Tak Berasap Pun Disaman RM300 Oleh JAS'


Kalau rasa betul, tolong shares. Bukan nak berpolitik atau menyalahkan mana-mana pihak, sekadar untuk menyedarkan rakan-rakan, saudara saudari terutamanya Yang Berhormat, Dato'-Dato', Tan Sri-Tan Sri dan yang seangkatan dengannya.

Entah bila dikuatkuasakan undang-undang pencemaran dari kenderaan bahan api yang menggunakan petrol ini. Nak kata van saya mengeluarkan asap putih, tidak juga. Tak diselenggara dengan baik, tak juga sebab selalu service on time. Siap dapat kelulusan dari PUSPAKOM lagi untuk ujian berkala bagi setiap 6 bulan sekali. Itu pun baru diluluskan pada 14 Januari 2016. 

Tiba-tiba Jabatan Alam Sekitar (JAS) tahan van untuk pemeriksaan. 

"Van encik telah melepaskan karbon monoksida yang berlebihan dari had yang diwartakan. Sepatutnya 3.5%, tetapi van encik sudah melebihi 9% dari had yang dibenarkan," katanya.

Persoalannya di sini:
  1. Mengapa PUSPAKOM boleh lulusankan pada 14 Januari 2016?
  2. Siapa yang mengesyorkan penggunaan petrol RON95?
  3. Berapa banyak bengkel di Malaysia yang ada kemudahan untuk mengukur tahap gas karbon yang dilepaskan oleh kenderaan?
  4. Bacaan untuk suntikkan bahan api yang menggunakan sistem kaburator dan injunction adakah sama? 
Cukuplah untuk empat soalan itu. Tetapi rasanya ada banyak lagi soalan dari anda semua.

Tetapi untuk pengetahuan semua, saya terangkan sikit tentang undang-undang JAS yang dijalankan sekarang ini.
  1. Kompaun saman adalah RM300
  2. Kenderaan wajib dibawa ke pusat ujian JAS untuk lalui ujian semula bagi semua kenderaan persendirian, syarikat dan sebagainya yang terlibat.
Itu saja yang saya nak kongsikan setakat ini. Kalau anda semua rasa apa yang saya katakan ini benar, sharelah di Facebook anda.

Bukan nak mengaibkan mana-mana jabatan atau sesiapa pun. Cuma cara perlaksanaannya pada pandangan peribadi saya adalah tidak tepat pada masanya dan menindas rakyat dikala kita sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. - Jemezul bin Abdullah | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Van Aku Tak Berasap Pun Disaman RM300 Oleh JAS'"

Post a Comment