PAS Tanding 11 Kerusi Pada PRN Sarawak


Bahang Pilihan Raya Negeri Sarawak semakin terasa berikutan kesemua parti bertanding sudah bersiap sedia.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS,Datuk MustafaAli,PAS meletakkan calon di 11 kerusi pada PRN Sarawak dan bersedia menentang calon dari DAP.

Pada PRN lalu PAS bertanding di 9 kerusi dan kini menjadi sebelas berikutan persempadanan semula yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN.

Menurut Mustafa keputusan meletakkan 11 calon telah dibicangkan bersama PKR berikuta PAS masih mempunyai hubungan dengan parti itu.

Manakala perbincangan dengan DAP untuk PAS meletakkan calon pada PRN Sarawak tidak dilakukan berikutan tiada keperluan setelah hubungan baik kedua-kedua parti itu terputus berikutan DAP dilihat membantah hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Pertembungan PAS dan DAP pada PRN Sarawak kali ini akan menyaksikan satu fenomena menarik iaitu perebutan pengundi beragama Islam.

Jika PAS berjaya memperolehi peratusan tinggi jumlah pengundi Islam akan menimbulkan satu tanggapan menarik dikalangan pemerhati politik.

Pertembungan yang mungkin berlaku sedikit sebanyak memberi kesan nagetif kepada hubungan PKR dan DAP.

Sebarang kemungkinan boleh terjadi jika DAP turut meletakkan calon di kerusi yang ditandingi PAS sebagai mewakili Pakatan Harapan.

Dalam hal ini PKR dilihat ada kelebihan berikutan PKR dan DAP berada dalam barisan sama walaupun membawa bendera masing-masing.

Jika DAP meraih kejayaan PKR turut bertepuk tangan sebagai sokongan moral.dan jika PAS memperolehi kejayaan besar di 11 kerusi yang ditandinginya PKR juga turut bergembira.

Umumnya tahu,pemimpin DAP sebahagianya cepat melatah jika PKR memberi sokongan moral berlebihan kepada PAS dan berkemungkinan dari sebab itu setiap kenyataan berkaitan PAS dari pemimpin PKR dibuat dengan cermat agar tidak ada kelukaan dipihak DAP.

DAP tidak boleh melihat senario politik Sarawak sama dengan semenanjung berikutan geopolitiknya jauh berbeza.

Bukan sahaja kemampun kepada pembangunan perlu ditonjolkan sebaliknya ambil tahu masyarakat juga dilihat sebagai pekara pokok yang perlu diterjemahkan.Begitu juga PAS yang dilihat bersungguh untuk menang kerusi yang ditandinginya.

Dalam kesemua aspek yang diperlu rakyat,Barisan Nasional mengungguli lain-lain parti berikutan parti dalam Barisan Nasional memenuhi hasrat rakyat dan sebab itulah dijangka akan bertambah calon parti pembangkang yang akan hilang wang pertaruhan.

Hot Kelate


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "PAS Tanding 11 Kerusi Pada PRN Sarawak"

Post a Comment