Siapa Tokoh Negara Akan Sertai PAS,Apakah Mahathir?



Siapa tokoh negara dan bekas pemimpin Kabinet yang bakal menyertai PAS seperti dakwaan Setiausaha Agung parti itu ,Datuk Takiyuddin Hassan.

Apakah Takiyuddin hanya bermain dengan angan-angan sebagaimana hasrat untuk menduduki Puterajaya yang dahulunya dikatakan projek membazir wang rakyat.

Ada yang kata Mahathir,ada yang kata Muhyiddin dan ramai pula kata tidak mustahil jika Mahathir dan bukanya Muhyiddin.

Berteka teki dalam suasana samar tidak pernah ada jawapan selagi zahir mana-mana individu yang dinyatakan Takiyuddin tidak wujud didalam PAS dengan nombor keahlian.

Oleh itu Takiyuddin tidak sepatutnya menjuarai sesuatu yang tidak jelas kerana dalam politik dakwaan sebegitu banyak berlaku namun bukti untuk rakyat percaya tidak pernah wujud.

Jika dakwaan itu untuk menakutkan Umno atau untuk menimbulkan persepsi baru dalam politik tanah air ia dilihat tidak memberi kesan sama sekali.

Bagi pendapat Hot Kelate,eloklah jika beberapa tokoh negara mahu menyertai PAS kerana dalam PAS sudah ada pemimpin yang patut disingkirkan kerana menyerang dalaman parti itu sejak akhir-akhir ini.

Jadi,peluang untuk beberapa tokoh negara yang akan menyertai PAS jadi calon pada PRU 14 nanti sangat cerah dan ramai rasanya mahu melihat keberkesanannya.

Kalau benar dakwaan itu,sudah pastinya tokoh negara yang tidak dinamai Takyuddin itu suaranya sudah tidak diaminkan oleh kebanyakan rakan taulan.

-Hot Kelate


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Siapa Tokoh Negara Akan Sertai PAS,Apakah Mahathir?"

Post a Comment