Lekai Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Sebelihan Dileher

Gabar Hiasan-

ALOR SETAR - Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di sebuah rumah kongsi di premis barang lusuh di Jalan Putra di sini semalam.

Mayat Lai Kot A. Ali, 28, dite­mui oleh majikannya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di hadapan pintu rumah kongsi tersebut pada pukul 2.45 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nashir Ya memberitahu, siasatan pada mayat mem mui kesan kelar pada bahagian depan leher.

"Polis juga menemui sebilah parang sepanjang 0.3 meter yang berada di atas paha mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Mohd. Nashir berkata, berdasarkan pemeriksaan pada mayat, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam lalu.

"Majikan mangsa ada cuba menghubunginya sejak semalam (kelmarin) namun panggilan tidak berjawab sehingga mayatnya ditemui di rumah kong­si tersebut petang ini.

"Mangsa telah bekerja di situ sejak empat tahun lalu dan memiliki dokumen pengenalan diri
yang sah," ujarnya.

Menurut Mohd. Nashir, pihaknya perlu menunggu laporan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini bagi mengetahui sama ada luka kelar pada leher mangsa adalah berpunca daripada"perbuatan sendiri atau orang lain.

"Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut," ujarnya sambil memberitahu tiada kesan pergelutan dikesan di dalam rumah kongsi tersebut.

Ketika ditanya sama ada mang­sa mempunyai masalah mental atau menghadapi tekanan kerja, kata beliau, ia masih dalam sia­satan.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Lekai Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Sebelihan Dileher"

Post a Comment