PRN Sarawak Pentas PAS dan PAN Korban Calon Mereka



SARAWAK-Parti Amanah Negara (PAN) dengan rasminya akan mencalonkan mereka yang bukan Islam dari parti itu bagi Pilihan Raya negeri Sarawak sebagai usaha menunjukan taring kepada PAS yang kini menjadi musuk ketat.

Persaingan antara PAS dan PAN dilihat bukanya mahu berhadapan dengan calon Barisan Nasional sebaliknya mahu menujukan kekuatan antara dua parti itu.

PAN dibantu DAP dilihat tidak gentar menghadapi sebarang kemungkinan yang akan dihadapi termasuk hilang wang pertaruhan berikutan PAN belum diterima oleh masyarakat Sarawak walaupun gah dengan keahlian bukan Islam.

Manakala PAS pula secara rasminya mahu meletakkan 11 calon di 11 kerusi PRN Sarawak yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi.

PAS juga akan meletakan calon bukan Islam mereka dari Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dibarisi oleh pelbagai kaum dan anutan.

Dalam situasi ini PAS lebih berkeyakinan daripada PAN apabila meletakan sasaran akan menang 1 kerusi pada PRN kali ini berbanding dengan PAN yang mahu meletakkan calon mereka semata-mata mahu menujukan kekuatan pada PAS,sedangkan PAN hanyalah ibarat kapal yang masih dalam pembinaan namun cuba berlayar dalam keadaan belum siap sepenuhnya.

Jika dilihat antara dua parti itu, keduanya menempah tali jerat leher lebih awal berikutan PAS dan PAN akan kehilangan wang pertaruhan.

PAS dan PAN keduanya belum ada jasa kepada rakyat negeri itu dilihat banyak bermimpi disiang hari dengan memasang angan-angan kosong.

Jika PAS dilihat hanya memasang angan-angan untuk memenangi satu kerusi di Sarawak kali ini,bagaimana pula dengan PAN yang masih dibawah dagu DAP.

Pemimpin PAN yang dilihat bersemangat mahu melatakan calon dari pelbagai kaum bagi menunjukan parti itu bukan terdiri parti satu bangsa belum boleh bersaing dengan mana-mana parti lain berikutan kerusi DUN dan Parlimen yang ada hanya dari hasil rompakan dari PAS.

PRN Sarawak kali ini tempat PAS dan PAN korbankan calon mereka berikutan kedua-dua parti itu hanya dilihat sebagai penyibuk dan bukanya lawan sebenar kepada Barisan Nasional.

-Hot Kelate


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "PRN Sarawak Pentas PAS dan PAN Korban Calon Mereka"

Post a Comment