Elak Pintu Rumah Dipecah Masuk Penyamun


Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah datang dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk. 

Ini adalah tips keselamatan yang anda tidak pernah terfikirkan. Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sahaja. 

Ayah gantikan skru itu dengan panjang 4 inci agar si penyamun sukar nak menendang pintu rumah mangsanya. Memang boleh ditendang, tetapi ia akan mengambil masa yang lama dan juga tenaga yang banyak untuk berbuat demikian. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka. 

Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai 'alarm' kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain. - Mariana Harrison | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Elak Pintu Rumah Dipecah Masuk Penyamun"

Post a Comment