'Tolong! Dia Ragut Kitorang Pakcik!'


Iktibar buat semua khususnya wanita dan sebagai peringatan buat diri saya. 

Perkara ini berlaku semalam ketika dalam perjalanan ke Stulang. Mujur ayah pandu kereta turun bukit tak laju. Biasanya ayah memang tak pandu kereta dengan laju. 

Tiba-tiba ternampak ada dua buah motosikal kemalangan di depan. Ayah pun memberhentikan kereta di bahu jalan. Satu motosikal ditunggang dan dibonceng oleh dua remaja perempuan. Sebuah motosikal lagi ditunggang oleh seorang remaja lelaki berusia lingkungan 20'an.

Semasa ayah dan saya nak turun dari kereta, lelaki itu kelam kabut hidupkan enjin motosikal dan terus memecut lajut. Kami pun berasa pelik, kenapa lelaki itu terus pergi begitu sahaja.

"Dia ragut kitorang pakcik!" jerit salah seorang perempuan itu.

Memang tak sempat nak kejar sebab lelaki itu dah memecut jauh. Namun, dua perempuan itu bernasib baik kerana lelaki itu gagal meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di raga motosikal.

Menurut mangsa, mereka sempat menarik semula beg tangan mereka dan disebabkan itu juga, motosikal kedua-duanya terjatuh. 

Malang buat si peragut itu pula, beg miliknya termasuk kad pengenalan, sarung tangan, jam dan sebuah alat untuk menghisap dadah jenis 'Ice'  tertinggal di tempat kejadian. Barangkali lelaki itu terdesak nak meragut.

Ayah menghubungi polis dan dalam masa 5 minit polis tiba di tempat kejadian. kami serahkan kesemua peragut. 

Pada ketika itu juga, terdapat sebuah kereta BMW nombor pendaftaran wilayah yang dipandu oleh seorang lelaki Cina (baju merah) berhenti di tempat kejadian. Dia terus menghubungi pihak ambulans, namun ambulans lambat tiba di tempat kejadian. Lelaki Cina itu akhirnya menawarkan dirinya menghantar kedua-dua mangsa ke hospital yang berdekatan. 

Saya respect lelaki Cina ini kerana dari awal kejadian sehingga ke hospital, dia uruskan sehingga selesai. Kaya, tak mengira bangsa.

Bukan itu saja, seorang lagi lelak Cina yang memandu Perodua VIva juga turut berhenti dan membantu menghalang kenderaan lain yang turun dari bukit dari melanggar kami sebelum beredar kerana ada hal penting. 

Apa yang berlaku ini semua adalah pengajaran buat diri saya. Memang malang tidak berbau tetapi kita ambil sebagai pengajaran. Beg jangan diletak dalam bakul motosikal, bahaya! Seperkara lagi, kemalangan itu berlaku pada jam 10 malam, perempuan pula yang menunggang motosikal. Bahaya!  Jenayah ada di mana-mana.

Saya berharap pihak polis dapat menangkap lelaki itu dan kenakan tindakan tegas kepadanya sebagai pengajaran. Saya doakan kedua-dua mangsa itu cepat sembuh dan lebih berhati-hati di masa akan datang. - Cik Nazirah | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Tolong! Dia Ragut Kitorang Pakcik!'"

Post a Comment