Bangla Dibelasah Kerana Merogol



KUALA LUMPUR - Tindakan tidak senonoh seorang lelaki warga Bangladesh membawa padah buat dirinya selepas dipercayai merogol dan mencabul seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam, kelmarin, suspek berusia 30 tahun memanggil mangsa yang menemani bapanya di kaJfe siber, Sri Rampai, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarifberkata, mangsa kemudian mengikut mangsa hingga ke dalam tandas.

"Mangsa kemudian telah dirogoldandicabul

"Ketika kejadian berlaku, pintu tandas telah diketuk oleh orang awam sebelum suspek membuka pintu tandas tersebut.

"Melihat keadaan tersebut, suspek dipukul oleh orang awam yang berada dalam kafe siberl' katanya.
Polis yang terima maklumat bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek.

Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan ambulan turut dipanggil untuk beri bantuan perubatan kepada suspek.

Insiden itu menyebabkan suspek mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, hidung dan paha akibat dibelasah.

"Dokumen pengenalan diri suspek bagaimanapun gagal diserahkan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Bangla Dibelasah Kerana Merogol"

Post a Comment