Pensyarah Bebas Tuduhan Menghasut



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam melepaskan dan membebaskan pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom daripada pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut berhubung krisis politik di Perak, dua tahunlalu.

Hakim Amernudin Ahmad membuat keputusan itu terhadap Azmi, 46, selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Ezrene Zakariah dan peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Azmi.
Semalam, ditetapkan bagi pihak pendakwaan dan pembelaan me- ngemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan.

"Selepas meneliti permohonan pendakwaan dan hujahan peguam bela, mahkamah memutuskan ter- tuduh dilepas dan dibebaskan da­ripada pertuduhan di bawah Akta Hasutan," kata Amemudin
Terdahulu, Ezrene memaklumkan kepada mahkamah pihak pendakwa­an tidak lagi berniat meneruskan pen­dakwaan terhadap tertuduh.

"Saya menerima arahan setakat ini pihak pendakwaan tidak lagi ber­niat meneruskan pendakwaan, mo­tion kes dilepaskan tanpa dibebas­kan (DNAA) terhadap tertuduh!' katanya.

Gobind bagaimanapun berkata, anak guamnya itu sepatutnya dilepas dan dibebaskan dengan mengambil kira kes berkenaan berlanjutan sejak 2014, dan Peguam Negara sendiri telah mengeluarkan kenyataan untuk memberhentikan pendakwaan ter­hadap Azmi pada 12 Februari lalu.

Katanya, kenyataan Peguam Negara itu jelas menunjukkan tidak ada sebab atau keperluan untuk kes itu diteruskan.

"Kes ini bukan satu kes yang baru kerana ia bermula sejak 2014 dan telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuaa katanya, sambil memberitahu ia telah dibicara- kan dan semua saksi pendakwaan te­lah memberi keterangan

Pada 14 Januari lepas, pihak pen­dakwaan telah menutup kes selepas
mengemukakan empat saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Azmi.
Azmi didakwa atas pertuduh­an menyebut perkataan menghasut berhubung komennya dalam berita bertajuk 'Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told.

Dia didakwa menyatakan per­kataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah pada 12.30 tengah hari,
15 Ogos 2014.

Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, juga didakwa terhadap per­tuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung kri­sis sama, pada masa dan tempat yangsama.

Pada 6 Oktober tahun lalu, Mahkamah Persekutuan me­mutuskan Akta Hasutan ialah un­dang-undang yang sah selepas menolak permohonan Azmi yang mencabar perlembagaan Akta Hasutan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 12 Februari mengeluarkan kenyataan untuk memberhentikan pendakwa­an terhadap Azmi selepas meng- gugurkan pertuduhan hasutan terhadapnya.

Keputusan itu dibuat se­lepas mengkaji keterangan semua saksi pendakwaan yang telah memberi ke­terangan di mahkamah dan tindakan untuk memberhentikan pen­dakwaan mengikut Akta Hasutan pernah dilakukan terhadap kes Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim sebelum ini

Ketika ditemui di luar mahkamah, Azmi memberitahu berasa lega dan berterima kasih dengan ke­putusan itu. -Bernama



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Pensyarah Bebas Tuduhan Menghasut"

Post a Comment