Francois Duvalier Dektator Haiti



Francois Duvalier atau dikenali juga dengan nama Papa Doc adalah presiden seumur hidup dinegara Haiti.

Beliau mula memegan jawatan presiden pada tahun 1957 setelah mengalahkan lawanya Louis Dejoie dalam pilihan raya negara itu pada 1956 dengan isu yang dibangkitkan bahawa lawanya bukan keturunan Haiti sejati (campur) ,dan akhirnya beliau menang dan memegang jawatan presiden pada 1956 hingga 1971

Setelah angkat sumpah pada bulan Oktober 1957, ia melakukan penyesuaian terhadap undang-undang. Salah satunya adalah UU yang melarang pemilihan kembali presiden yang berkuasa.

Undang-undang baru itu membolehkan Francois Duvalier jadi presiden sampai dia serahkan kepada orang lain atau memegang jawatan itu sampai mati.

Pada saat Francois Duvalier sakit jantung dan terpaksa berehat sepenuhnya beliau menyarahkan kuasanya buat sementara menunggu kesihatannya pulih(sementara menunggu sihat) kepada Clement Barbot iaitu dari anggota tinggi angkatan tentera.

Setelah pulih, ia menuduh Clement Barbot berusaha untuk mengambil alih kuasa darinya. Saat Clement Barbot berusaha menggulingkan dirinya, Francois Duvalier memerintahkan pemburuan besar-besaran bagi menangkap dan menghukum namum Clement Barbot tidak dapat ditemui.

Francois Duvalier percaya bahwa Barbot telah berubah menjadi anjing hitam sehingga ia memerintahkan pembunuhan atas semua anjing hitam di Haiti.
Setelah Clement Barbot dapat ditemukan dan di tembak mati, Duvalier menyimpan kepalanya untuk Voodoo.

Selama pemerintahannya, ia sering menyalahgunakan bantuan luar negeri dengan menyimpannya dalam akaun bank pribadi, melakukan penekanan terhadap kaum elit keturunan campuran, mendominasi perniagaan negara untuk memperkaya diri sendiri dan kroni.

Para profesional seperti doktor, guru, ilmuwan banyak yang melarikan diri dari Haiti sehingga negara tersebut mengalami kekurangan atas tenaga doktor dan guru sehingga kondisi negara tersebut sering disebut "brain drain" (pengeringan otak/intelektual).

Pertanian dikuasai oleh tentera dan rakyat biasa dijadikan kuli bagi membajak tanah pertanian serta menanam apa sahaja yang diarah.

Rakyat yang bekerja dalam sektor pertanian tidak dibayar gaji sehingga menimbulkan kelakuan jenayah tinggi berikutan berlaku kelaparan.

Keditaktorannya berakhir setelah sang presiden meninggal dunia diawal tahun 1971 dan digantikan oleh putranya,Jean-Claude Duvalier, yang disebut juga dengan Baby Doc.




Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Francois Duvalier Dektator Haiti"

Post a Comment