Novel Lucah Disekolah Ibu Bapa Bising,Nasb Baik Tak Bantah Quran



Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin yang menimbulkan kemarahan ibu bapa di negeri Melaka,Pahang Kelantan,Terengganu kerana novel tersebut dianggap berunsur lucah dan tidak sesuai untuk teks Komponen Sastera tingkatan empat.Sementara itu Kementerian Pendidikan memutuskan novel kontroversi Pantai Kasih karya Azmah Nordin akan terus digunakan disekolah.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar), Datuk Seri Khairil Awang berkata, keputusan itu dibuat selepas ahli mesyuarat profesional Kementerian Pendidikan pada 28 Januari lalu mendapati novel itu mempunyai elemen kebolehajaran dari aspek keindahan bahasa, koga kata dan tata bahasa.

Beliau berkata, novel tersebut menggunakan istilah sains yang tidak dinyatakan secara eksplisit sebaliknya diungkap dalam gaya penulisan sastera yang mengan- dungi banyak kiasan dan perlembagaan.

Menurut Khairil, beberapa bans ayat di dalam novel itu sebenamya merujuk kepada kiasan seperti 'tanpa kerelaan' sebenarnya rogol, 'terlucut sel daripada genetik istimewa milik Dr. Sadiz' sebenarnya air mani dan 'berenang untuk menemui dan bersenyawa dengan ovum yang sihat lagi subur di dalam rahim Raiha' sebenarnya proses persenyawaan.

Tambahnya, elemen sains dan perubatan telah dijelmakan dalam bahan sastera seperti zigot, ultra sound, autopsi, oftalmoskop, anaesthetic, kuret dan elektrokardiogram yang boleh mengayakan penguasaan kosa kata murid.

Menurut Khairil, beberapa baris ayat di dalam novel itu sebenamya merujuk kepada kiasan seperti 'tanpa kerelaan' sebenarnya rogol, 'terlucut sel daripada genetik istimewa milik Dr. Sadiz' sebe- narnya air mani dan 'berenang untuk menemui dan bersenyawa dengan ovum yang sihat lagi subur di dalam rahim Raiha' sebenarnya proses persenyawaan.

Itulah orang kita bangsa Melayu,atau orang kita beragama Islam yang anggap novel itu tidak sesuai untuk dijadikan bahan pelajaran di sekolah.

Peliknya,ibu bapa yang lagak alim tapi jahil itu pula tidak pernah berniat untuk menyekat atau terlupa bayar bil jalur lebar yang ratusan ringgit dikediaman mereka atau yang travel.

Dalam dunia cangih zaman teknologi digital pelbagai aplikasi karut marut dijelmakan oleh pencipta barat untuk memesongkan pengaruh suci anak-anak Islam,namun adakah ibu bapa yang lagak alim itu ambil tahu,tapi Novel Pantai Kasih pula yang dianggap lucah.


Dalam Al-Quran juga turut menyebut mengenai hubungan seks dengan bahasa yang begitu halus dan mudah difahami oleh semua makhluk manusia yang suka tadabbur Al-Quran.


نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ مُلَاقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿سورة البقرة : ٢٢٣﴾
Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman. ﴿سورة البقرة٢٢٣

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا ﴿النساء:١﴾

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. 

Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”﴿النساء:١﴾.

Rasany tak perlu dijelaskan dengan panjang lebar apa pengertian ayat Allah sampaikan kerana ia jelas lagi menjelaskan.

Syukur kepada Allah pencipta sekelian alam yang memiliki nama berbilang namun satu pada Zat belum ada terdengar lagi umat Islam yang membantah ayat-ayat Allah diatas kerana menceritakan hubungan intim dua pasangan.

Mengenai baris dalam novel itu yang menceritakan,'''terlucut sel daripada genetik istimewa milik Dr. Sadiz' sebenarnya air mani dan 'berenang untuk menemui dan bersenyawa dengan ovum yang sihat lagi subur di dalam rahim Raiha' sebenarnya proses persenyawaan.

Proses persenyawaan juga ada dicerita dalam al-Quran surah Al-Insaan ayat 1-3
Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang Dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?



Ayat 2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan Dia mendengar dan melihat.

Semuga Allah melebihkan umat ini dengan fikiran orang-orang yang berfikir melalui qalam dua sunah-Nya.

Hot Kelate





Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Novel Lucah Disekolah Ibu Bapa Bising,Nasb Baik Tak Bantah Quran"

Post a Comment