Tinggal Anak Ibu Nak Lalok

SUNGAIBESAR - "Makcik dengar bunyi tangisan di celah semak dan terkejut bila te- ngok ada budak di situ!' kata Rosnah Samsuri, 60, selepas menemui seorang budak di- anggarkan berusia setahun berhampiran Bagan Sungai Besar, 9 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, budak lelaki itu dipercayai ditinggalkan ibunya bersendirian di semak terbiar kerana ingin melepaskan gian di sarang penagihan dadah berhampiran.

Rosnah yang menetap di Kampung Nelayan berhampir­an berkata, dia terdengar bunyi tangisan ketika dalam perjalan- an ke bagan menaiki motosikal bersama anak lelakinya.

"Makcik tengok budak kecil ni berjalan sambil menangis... keadaannya tak ter- urus dan comot dengan kesan lumpur.
"Makcik pergi dekat dan cuba tenangkan dia, tapi dia terus merengek. Bila makcik tunggu, tak ada siapa yang datang dan makcik nekad bawa dia balik rumah," katanya.

Menurut Rosnah, semasa berada di rumahnya, kanak-kanak yang dipanggilnya Adam' itu dipercayai tidak sihat.

"Bila pegang badannya te- rasa panas, mungkin dia de- mam. Makcik beri dia minum air kelapa, baru demamnya surut," katanya.

Rosnah yang menjaga kanak-kanak itu sepanjang tiga hari berkata, kehadiran Adam menceriakan mereka sekeluarga terutama dengan keletahnya yang mencuit had.

"Pastinya gelak tawa dia tu yang tak boleh makcik lupakan Ke mana makcik pergi dia ikut, malah kalau tidur pun nak makcik di sebelahnya. Makcik dah anggap dia macam anak sendiri," katanya.

Ibu 10 anak itu berkata, belum sempat dia membuat laporan polls berhubung penemuan kanak-kanak itu, wanita yang dipercayai ibunya mengambil semula anaknya pagi Khamis lalu.

"Makcik ingat nak buat laporan polis kalau tak tuntut lebih empat hari. Nasib baik, mak budak ni datang ke rumah.
"Mak Adam cakap dia ke sini (rumah) bila dapat tahu anaknya tinggal dengan mak­cik daripada jiran-jiran terdekat. Jadi makcik pulangkan Adam kepada emaknyal' katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas menyerahkan kanak- kanak itu kembali kepada ibunya, dia dihantui perasaan bimbang apabila mengetahui wanita terbabit penagih.

"Wanita itu beritahu suaminya baru meninggal dunia... tak tahulah betul ke tak.
"Dia cakap nak bawa Adam, saya risau masa depan budak tu yang tinggal dengan penagih!' katanya.

Sementara itu, Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang turut bertandang ke rumah Rosnah selepas mengetahui perkara itu berkata, agensi berwajib diminta peka dengan aduan masyarakat berhubung kanak- kanak terbiar.

"Kita puji usaha yang dilakukan makcik ini dalam menyalurkan maklumat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

"Kanak-kanak terbiar ini mestilah diberi perlindungan yang sewajarnya. Kita minta juga kerjasama masyarakat su- paya mdaporkan terus kepada pihak berwajib," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan sehingga jam 12 tengah hari semalam, kanak-kanak itu masih bersama ibunya di lokasi penagihan dan kes itu di bawah perhatian JKM untuk tindak­an lanjut.

Sinar Harian 15 Febriuari 2016


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Tinggal Anak Ibu Nak Lalok"

Post a Comment