Orang Gila Bina Istana 7 Tingkat



SHANDONG - CHINA. Seorang petani yang juga pesakit mental membina sebuah 'istana' tujuh tingkat sendiri menarik perhatian netizen selepas beberapa foto istananya itu mula tersebar.

Hu Guangzhou, 55, yang mengalami kecelaruan identiti membina istana itu untuk kedua abangnya yang telah meninggal dunia sejak sepuluh tahun lalu kerana dia percaya mereka akan kembali semula untuk tinggal bersamanya di kediaman itu.

Hu mengambil masa hampir lima tahun untuk membina asas rumah dan tiga tahun untuk menambah tingkat kediamannya itu.

Bahan yang digunakan ialah tanah liat dan blok batu yang dikumpulnya dan membuat penambahbaikan dan menguatkan struktur bangunan pada masa lapangnya.

Semasa proses pembinaan, dia pernah terjatuh sekali dari tingkat dua kediamannya namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membina lagi lima tingkat.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan berkata, pihaknya cuba untuk menghantar lelaki itu ke pusat penjagaan kerana dia tidak mempunyai anak dan saudara yang lain namun dia enggan.

"Masalah kecelaruan identiti yang dihadapi lelaki itu turut menyebabkan pihaknya tidak merobohkan bangunan itu walaupun bimbang dengan keselamatan bangunan itu," katanya dipetik CCTV News


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Orang Gila Bina Istana 7 Tingkat"

Post a Comment