PAN Akan Bertanding Disemua Kerusi Ditandingi PAS


SELANGOR-PAN Selangor bersedia bertanding dikesemua kerusi yang ditandingi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Berikutan itu PAN kini dalam proses mengenal pasti calon-calon yang sesuai untuk menentang calon dari PAS disetiap kerusi Parlimen dan DUN di Selangor.

Bacaan terkini daripada pemerhati politik kebanyakannya mengolah hasrat PAN itu sebagai cubaan menghalang hasrat PAS untuk menerajui Selangor selepas keputusan pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan pada pertengahan 2017,setelah PKR dilihat lemah sejak kebelankangan ini.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad anggap PAN sebagai satu ancaman kepada parti itu di Selangor kerana hasratnya bertanding di 8 kerusi PAS dalam pilihan raya akan datang.

Setakat ini PAS mengesahkan akan bertanding di 25 kerusi di Selangor dan langkah itu dilihat sebagai cubaan menduduki kerusi menteri besar jika PAS berjaya memperolehi kemenangan besar.

Sedar dengan hasrat PAS itu PAN mengambil langkah akan bertanding disemua tempat yang ditandingi PAS bagi menghalang PAS menduduki kerusi menteri besar.

Cubaan PAN menghalang pemimpin PAS dari menjawat jawatan menteri besar Selangor juga menggambarkan PKR dan DAP dalam keresahan berikutan peratusan pengundi Melayu lebih tinggi dari kaum lain.

Memandangkan PAS tidak lemah dikalangan pengundi Melayu PAN mengambil keputusan meletakkan calon disemua kerusi yang ditandingi PAS berikutan DAP sukar menembusi kawasan majoriti Melayu atau bercampur-campur setelah DAP dilihat pudar sokongan dikalangan Melayu dan India.

PKR pula umumnya maklum kemenangan selesa mereka pada PRU lalu atas dasar setia kawan PAS dan DAP dan tidak mungkin berlaku lagi selepas ini.

Jika benar-benar berlaku,pertelagahan antara PAN dan PKR akan terjadi berikutan hasrat PAN mendahului keputusan sama ada PKR setuju atau tidak memandangkan PKR juga mahu mengekalkan atau menambah kerusi kemenangan pada pilihan raya umum nanti.

Peluang besar ini patut di ambil BN sebaik mungkin kerana parti kerjasama pembangkang yang bertanding diatas tiket masing-masing sudah tentu mengutamakan dasar parti daripada dasar yang dibuat dalam pakatan yang dinamai Harapan Baru(Pakatan Harapan).

Berdasarkan isu semasa politik dalam Selangor,Hot Kelate berpendapat.hal yang paling ditakuti jika gabungan Barisan Nasional dengan PAS di wujudkan,sebab itu para pemimpin PKR,DAP menanam kerisauan tinggi tentang kejatuhan kuasa mereka dari terus mentadbir Selangor.

Sebab itulah di Kelantan Husam Musa yang dilihat sebagai lidah DAP mula menyerang dalaman PAS supaya pemimpin PAS leka tentang politik di Selangor kerana menyibukan diri bagi mengekalkan negeri dibawah pentadbiran PAS.

Namun begitu,Husam Musa silap apabila kedudukan beliau sebagai ADUN Salor pula tergugat setelah beliau didesak letak jawatan oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan.dan tindakan Husam Musa itu memakan diri.

Desakan letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian membuatkan Husam Musa berada dihujung hayat bersama PAS.

PAN kini dilihat mahu merajai kekuatan PKR dan DAP Selangor biar pun ahlinya baru mencecah 6.000 orang setelah sedar serangan sahabatnya DAP terhadap BN tidak lagi di amimkan oleh Melayu,manakala PKR melalui Rafizi Ramli pula selalu kantoi.

Peluang cerah ini direncana oleh PAS sebaik mungkin dan sesuatu yang baru akan muncul selepas keputusan pilihan raya umum ke-14 diumumkan.

Oleh itu tidak bohong jika dikatakan Selangor tidak lagi ditadbir oleh PKR dan DAP selepas piliha raya akan datang ,dengan sebab itulah PAN berusaha menjadi hero dikalangan Melayu di Selangor selepas Kelantan dan Terengganu pudar untuk menerimanya.

Jadi,hasrat PAN untuk bertanding disemua tempat yang ditandingi PAS hanyalah semata-mata untuk menghalang PAS menduduki kerusi menteri besar.

-Hot Kelate


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "PAN Akan Bertanding Disemua Kerusi Ditandingi PAS"

Post a Comment