Anak Tikam Ibu Sendiri



Kuala lumpur - seorang guru agama terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit selepas ditikam oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di kediaman mereka di Jalan Rejang 2, Setapak Jaya di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 8.30 malam itu disedari oleh seorang lagi anak lelaki mangsa berusia 22 tahun yang baru pulang dari taman permainan bersama adiknya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Moham­ad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa berusia 49 tahun itu mengalami kecederaan parah selepas ditikam pada kdnan perut selain terdapat kesan kelar didahi.

Katanya, pemeriksaan lanjut di lokasi polis turut menemui sebilah pisau berukuran kira-kira 45 sentimeter (sm) yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam ibunya yang juga seorang guru agama di ibu kota.

"Sepasukan polis dikerahkan ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian. Bagaimanapun, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepes jiran berdekatan menelefon pihak ambulans.

"Hasil siasatan awal mendapati, guru agama tersebut mem- beritahu, suspek vang menikamnya itu merupakan anak sulungnya selain terdapat anak mangsa berusia 14 tahun melihat kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya lagi, susulan ke­jadian itu, suspek yang berusia 21 tahun itu bertindak memeeahkan cermin hadapan dua buah kereta milik jirannya sebelum menghilangkan diri.

"Setakat ini, mangsa masih berada dalam keadaan kritikal dan usaha menjejaki suspek di kawasan berhampiran masih dijalankan.

"Selain itu, berdasarkan mak­lumat daripada suami mangsa, suspek mempunyai kad psikiatri namun sejak dua minggu lalu dia tidak mengambil ubat," ujarnya.

Difahamkan, pihak polis turut menjumpai peralatan menghisap dadah yang dipercayai milik suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Sementara itu, jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagal David mendakwa, dia melihat suspek cuba memecahkan pagar hadapan rumahnya pada pukul 7 pagi semalam.

Bagaimanapun, tiada penghuni di rumah mangsa ketika itu dan suspek dikatakan membuat bi- sing sebelum beredar beberapa minit kemudian.

"Ketika kejadian, saya berada bersama adik saya dan kami terkejut sebaik melihat kehadiran suspek di rumahnya pada awal pagi kerana kami tidak menyangka dia akan datang semula ke sini, katanya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Anak Tikam Ibu Sendiri"

Post a Comment