Pemberontak Berusaha Jatukan Najib


Usaha melobi cawangan untuk membawa usul peletakan jawatan Datuk Seri Najib ke peringkat bahagian oleh Gerakan Ketua Cawangan Malaysia sebagai usaha untuk memecah belahkan suasana politik dalam Umno.

Seperti yang dilapor oleh Malaysianinsider"GKCM akan melobi mesyuarat cawangan yang akan bermula Mac ini untuk membawa usul peletakan jawatan Najib dan pada masa sama mahu pemilihan semula parti diadakan," kata naib presiden kumpulan tersebut, Rushdan Mohamed.

Naib presiden GKCM,Rushdan Mohamed yang kurang pendapatan menyara diri dan keluarga nampaknya berusaha menambah pendapatan dengan cara jadi tukang lobi.

Jawatan kosong sektor perindustri Malaysia masih banyak kosong dan eloklah Rushdan Mohamed dan seluruh ahli GKCM mengambil peluang mengisi jawatan kosong daripada rela jadi pelobi yang membuahkan perpecahan dalam parti orang Melayu.

Sementara itu,Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman menganggap penyokong Datuk Seri Najib Razak dalam Umno yang ada sekarang ibarat askar upahan yang lari meninggalkan Melaka apabila kerajaan Melayu diserang Portugis pada 1511.

Rasanya kenyataan Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman itu elok diletakkan kepada diri dan ahlinya kerana jika penyokong Najib ibarat askar upahan yang lari sudah tentu Najib sebagai jeneral sudah lama tumbang.
Perjuangan GKCM bernilai RM1 ringgit tidak akan kemana kerana usaha yang dilakukan bertentangan perjuangan sejati yang diajar patuh dan taat kepada pemimpin.

Soal jatuh bangun Najib bukanya terletak pada usaha kumpulan pembrontak GKCM yang dilihat gila dengan kejatuhan orang lain asalkan hati puas,dan inilah ajaran Iblis.

-Hot Kelate


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Pemberontak Berusaha Jatukan Najib"

Post a Comment