Bola:Kena Bersungguh Jika Tak Mahu Dilabel Pasukan Pink



Akhirnya jersi pasukan bola sepak Kelantan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) 2016 dilancar secara rasmi hari ini.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Datuk Vida yang juga Penisahat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Datuk Vida juga merupakan penaja utama PQP TRW musim ini.Turut hadir pada majlis pelancaran Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah, Naib Presiden, Datuk Rosmadi Ismail serta penaja kedua terbesar Ketua Pegawai Eksekutif Chengal Jati Sdn. Bhd., Datuk Ir. Shaari Hassan.Warna merah dan merah jembu merupakan jersi utama pasukan bola sepak Kelantan

Bagi tempat lawan, pasukan itu akan menggunakan dua jersi yang berwarna biru dan putih serta merah jambu dan hitam.

Dr. Vida berkata, jersi PQP TRW musim ini perkenalkan dalam tiga versi iaitu ‘Supra Player’, ‘Ac Melinea’ dan ‘Man Tera’.
“Supra Player akan dijual dengan harga RM168, Ac Melinea (RM98) dan Man Tera (RM68).
“Semua ini harga mampu milik dan saya berharap penyokong dapat memberikan sokongan penuh dengan membeli jersi asli,” katanya.

Pasukan PQP TRW diharap dapat meningkatkan mutu permainan ditempat sendiri atau pun ditempat lawan lebh-lebih lagi ketika memakai jersi merah jambu.

Tak mustahil jika kalah ketika player menyarung jersi merah jambu akan ada phak yang akan sinis" Oh Patutlah Kalah Rupanya Pink".


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Bola:Kena Bersungguh Jika Tak Mahu Dilabel Pasukan Pink"

Post a Comment