Kecewa Gagal Atasi Jentera BN


Percaturan PKR Sarawak melalui pengerusinya, Baru Bian untuk menidakkan usaha serta pencapaian Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan Barisan Nasional (BN) nampaknya seperti tidak menjadi; amat janggal dan dangkal.
 
Mungkin juga sudah menjadi aturan politik PKR untuk menyelit provokasi agama demi meraih sokongan masyarakat Dayak, yang akhirnya mereka juga yang akan kecewa.
 
Dalam kenyataan pada Ahad, Baru Bian dipetik sebagai berkata “Adenan tidak mampu mendapat persetujuan daripada PM Najib, walaupun dari segi kenaikan royalti minyak, autonomi urus tadbir, pengiktirafan UEC atau kegunaan BI sebagai bahasa rasmi untuk Sarawak. Malah, larangan mengunakan perkataan Allah juga”.
 
Disebalik cubaan untuk menafikan usaha CM Adenan, kenyataan diatas menunjukan beliau sangat berminat untuk bermain isu agama dalam politik Sarawak, sedangkan beliau tahu isu Kalimah Allah tidak berlaku di negeri ini melainkan ada individu seperti Baru Bian yang kemaruk untuk meraih perhatian rakyat, khususnya kaum Dayak.
 
Baru Bian turut menyataan kekecewaannya kerana CM Adenan secara terbuka menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Naijib.
 
Menurut Baru Bian, Perdana Menteri sedang disiasat oleh pihak tertentu di Luar Negara kerana peranannya dalam 1MDB. Namun beliau tidak berani menyebut dengan jelas pihak mana yang telah menyiasat Datuk Seri Najib, kerana pihak berkuasa Switzerland yang didakwa PKR sebelum ini telah pun menafikan sebarang siasatan yang melibatkan perdana menteri.
 
Inilah taktik pembohong seorang ahli politik yang kecewa setelah mempromosikan diri sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak pada PRN ke 10 yang lalu.
 
Baru Bian juga menyatakan kekesalannya yang jelas menunjukkan beliau tidak peka terhadap system pentadbiran kerajaan pusat dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir. Sebaliknya Baru Bian hanya melihat bantuan RM40,000 yang diberi kerajaan PKR Selangor.
 
Jika inilah cara beliau menilai, maka beliau akan terus melagukan rasa kecewa setiap kali mengeluarkan kenyataan media.
 
Memang, Baru Bian akan terus melahirkan kekecewaannya dengan taktik politik seperti ini. Lagi pun momentum sokongan rakyat bukan kepada PKR, tapi cenderung kepada DAP. - Sarawakiana


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Kecewa Gagal Atasi Jentera BN"

Post a Comment