Yusof Haslam: Kamal Adli Digugurkan Untuk Elak Sebarang Konflik




Akhirnya penerbit filem Abang Long Fadil 2, Datuk Yusof Haslam memberi pengesahan bahawaKamal Adli digugurkan daripada senarai pelakon filem berkenaan yang akan memulakan penggambaran pertengahan bulan depan.


Menurut Yusof, keputusan menggugurkan Kamal yang juga pelakon utama Abang Long Fadil tahun lalu dibuat atas pertimbangan untuk memudahkan proses penggambaran filem itu nanti selain mahu mengelak sebarang konflik ketika penggambaran kerana rasa kurang selesa yang dikatakan wujud di antara mereka.

Apa yang berlaku antara mereka rasanya tidak perlulah saya ulas lanjut. Sebagai penerbit saya perlu memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak dan kelancaran produksi ini nanti”


Saya tidak mahu wujud perasaan kurang selesa atau konflik dalaman timbul apabila mereka terbabit dalam penggambaran nanti,” jelasnya. Perkara tersebut dalam masa yang sama turut menjelaskan teka-teki dan sitausi yang melanda dua nama pelakon tersebut.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Yusof Haslam: Kamal Adli Digugurkan Untuk Elak Sebarang Konflik"

Post a Comment