3 Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di Jordan


KUALA LUMPUR: Tiga pelajar Malaysia di Universiti Mu'tah, Jordan maut sementara dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya pagi tadi (waktu Jordan).

Tiga rakyat Malaysia yang terlibat ialah:

1. Fatin Iqmal Idziyani binti Che Aziz
2. Hana' binti Azhar
3. Al Najiatun Nailah binti Mohd Safie

Dua lagi mangsa, Izzam Hasif, cedera di bahagian kaki dan patah tangan. Manakala Fatin Noor Syahirah cedera di muka dan rahang.  

Difahamkan, Izzam dan Fatin Noor Syahirah akan dipindahkan ke hospital di Amman. 

Menurut Facebook rasmi Education Malaysia Jordan kesemua pelajar itu yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah.

Pihak kedutaan dan EMJ masih berbincang dengan waris mangsa sama ada jenazah ingin dibawa pulang atau tidak. Kenyataan rasmi daripada kedutaan dan EMJ akan dikeluarkan sebaik semua waris mangsa dimaklumkan.  - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "3 Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di Jordan"

Post a Comment