Bantah TPPA Gagal Kerana Jahil



HOT KELATE-Terimakasih kepada pengajur bantah TPPA yang berlangsung di Padang merbok hari ini kerana telah membuktikan segala kempen membantah TPPA selama bertahun gagal sepenuhnya.

Bukti kegagalan ini boleh dilihat depan mata apabila kehadiran hanya sekitar 3,500 walaupun seruan dibuat sekuat petir memanah Iblis.

Walaupun Nik Mohamad Abduh yang disifatkan sebagai pemimpin PAS yang layak menerajui Kelantan pada masa akan datang menyifatkan, himpunan aman Bantah TPPA di Padang Merbok hari ini sebagai hari bersedih meratapi negara kita.

Jika difaham dengan betul,apa yang cuba disampaikan Ketua Pemuda PAS Malaysia itu sebenarnya dia meratapi kegagalan PAS apabila gagal menyeru seramai mungkin rakyat untuk bersama kepimpinan dari kumpulan membantah,sedangkan ratusan NGO di uar-uarkan bersama mereka.

Sekali gus mencerminkan rakyat negara ini menerima dengan baik TPPA dan tidak termakan atau menelan bulat-bulat segala dakyah yang dilontar oleh pihak yang membangkang TPPA.

Menurut Nik Abduh,rakyat dianiayai oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila menandatangani TPPA kerana menjadikan negara ini berada di ambang kemusnahan.

Kecetekkan Nik Abduh dengan maklumat semasa boleh dilihat dengan cara penyampaiannya yang mana dia cuba membayangkan TPPA hanya akan disertai oleh negara ini sahaja.

Sekiranya dia memaklumkan secara telus jumlah negara yang akan menyertai TPPA tidak mungkin berkata negara berada diambang kemusnahan.

Jika pemimpin negara ini tidak bertanggungjawab,bagaimana negara lain yang akan menyertai TPPA dan apakah ketua pemuda PAS berani mengatakan negara-negara lain yang bersetuju dengan TPPA akan berada diambang kemusnahan dan pemimpinnya juga tidak bertanggungjawab.

Pemimpin bantahan TPPA hanya menceritakan keburukan menyertai TPPA,sebaliknya tidak pula menjelaskan keburukan atau kerugian kepada negara jika tidak menyertai TPPA.

Menurut Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malayisa mengunjurkan jumlah ahlinya yang terlibat dalam pengeksportan akan meningkat sehingga 30 peratus selepas Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dimuktamadkan.

Ini kerana "Syarikat Bumiputera yang mengeluarkan makanan mempunyai peluang besar memandangkan permintaan produk halal yang tinggi dan sebelum timbulnya TPPA

Menurut Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malayisa sebelum isu TPPA ,dari tahun 2013 hingga 2015, dengan peruntukkan khas RM5 juta oleh kerajaan melalui Matrade, pihak persatuan telah menjalankan pelbagai program eksport.

"Dari program eksport yang dijalankan, ahli persatuan berjaya menjana lebih RM700 juta dalam tempoh tiga tahun.

Apakah pihak yang membantah TPPA hanya mahu pendapatan yang diperolehi oleh para peniaga negara ini hanya kekal atau tidak berkembang,sedangkan mereka juga yang mengatakan ekonomi negara ini sedang teruk.

Tidak timbul soal negara ini di ikat dengan Amerika setelah bersetuju menandatangani perjanjian TPPA,kerana selama ini Malaysia sudah pun berdagang dengan negara kuasa besar itu,dan apakah Malaysia terikat dan tidak boleh berdagang dengan negara lain?.

Pembantah TPPA sepatutnya ambil tahu,diberapa negarakah Malaysia telah mengadakan hubungan dagangan? adakah hubungan dagangan Malaysia dengan negara lain lebih sempit setelah TPPA dimuktamadkan?.inilah soal pokok yang perlu dikupas oleh rakyat secara jujur.

Dakyah bahawa TPPA adalah bentuk penjajahan baru ialah satu bentuk manipulasi fakta bagi mendapat sokongan politik rakyat kepada parti dan pertubuhan yang tidak menerima kebaikan persekutuan,tetapi telan setelah ditaburkan.

Jika benar TPPA adalah bentuk penjajahan baru,pembangkang TPPA tolong senaraikan syarikat-syarikat gergasi dan IKS yang berjaya menebusi negara luar yang membantah hasrat negara untuk menyertai TPPA.

Bagi pemimpin DAP,mereka boleh jadi membantah kerana tidak mahu kuasa ekonomi terutamanya orang Melayu berjaya melepasi boder pemikiran yang selama ini hanya berfikir cukup dengan apa yang ada.

Melihat kepada yang hadir pada perhimpunan bantah TPPA siang tadi,peratusan besar adalah anak-anak muda malah guru-guru pencen.

Apakah mereka ini faham apa itu TPPA atau datang untuk melawat Kuala Lumpur secara percuma,maklumlah duduk di kampung hanya tahu toreh getah dan tanam padi dan sebab itulah soal benih padi juga disentuh dalam ucapan di Padang Merbok,kononya setelah TPPA dimuktamad benih padi juga turut menjadi satu bahan kawalan.

Apa pun para pendakyah berkaitan TPPA sampaikan,hadirin seramai 3,000 ribu orang tidak akan faham berikutan para pendakyah isu TPPA juga jahil dengan kebenaran yang ada pada TPPA.

Sudahlah gagal,jahil pula...


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Bantah TPPA Gagal Kerana Jahil"

Post a Comment