Himpunan Bantah TPPA Tempat PAS Tunjuk Kekuatan Pada DAP


Tidak pelik dengan sikap pemimpin PAS yang akan menganjurkan himpunan bantah TPPA di Kuala Lumpur pada 23 Januari ini,kerana mereka sebenarnya kurang faham atau dengan bahasa tepat untuk orang macam ini adalah tidak cerdik.

Oleh kerana itu himpunan bantah TPPA yang akan diadakan didataran merdeka nanti sebenarnya mahu menunjukan kekuatan baru parti itu kepada DAP.

PAS juga mahu memberi amaran kepada musuh politik barunya iaitu parti AMANAH(PAN) bahawa mereka tidak tergugat walaupun kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi atas tiket PAS telah dibawa lari.

Himpunan bantahan TPPA di Dataran Merdeka juga satu amaran kepada PKR yang selama ini dilihat mengambil jalan selamat dalam isu yang timbul antara PAS dan DAP.

PAS cuba memberi amaran kepada PKR bahawa PAS tidak sesekali menerima mana-mana parti yang bersengkongkol dengan DAP bagi membentuk kerjasama untuk mentadbir mana-mana negeri selepas keputusan PRU14 nanti.

Menurut rakan-rakan dalam PAS,gerakan untuk mengadakan bantahan TPPA yang akan diadakan pada 23 Januari bersamaan Sabtu merupakan gerakan persendirian PAS.

Gerakan tanpa campur tangan PKR,DAP,PAN dilihat cubaan PAS menunjukkan kekuatan kepada parti yang pernah bersekutu dalam pakatan rakyat yang telah dikuburkan.

Ahli PAS yang menyertai himpunan itu nanti diseru memakai baju fastaqim berwana hijau,iaitu baju yang di pakai semasa himpunan fastaqim yang diadakan di stadium bola sepak Kelantan yang akan di cat dengan warna pink.

Dengan cara memakai baju fastaqim sahlah PAS sebenarnya mahu menunjukkan kekuatan kepada PKR,DAP,PAN dan TPPA hanya sebagai kambing hitam untuk melunaskan hasrat.

Oleh kerana pemikiran pemimpin PAS lebih rendah daripada pekebun dan penternak,tidak hairanlah Setiausaha Kongres Rakyat,Nasrudin Hassan yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat mengatakan,’TPPA sebahagian daripada kemungkaran ekonomi yang wajar ditentang dan dibantah oleh umat Islam khasnya.
-HOT KELATE


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Himpunan Bantah TPPA Tempat PAS Tunjuk Kekuatan Pada DAP"

Post a Comment