Penyayi Indonesia Dihentam Pakai Baju Tulis Arab



JAKARTA, 13 Jan — Penyanyi popular
Indonesia Agnes Monica mencetuskan kontroversi apabila muncul di pentas dengan baju jarang bertulisan Arab, Isnin lalu.

Bergaya dengan pakaian hitam dan seksi di acara sebuah stesen TV, penyanyi “Tak Ada Logika” dianggap menghina Islam di media sosial, antaranya di Twitter.
Agnes, 29, dilihat mengenakan pakaian tertulis perkataan Arab “Al-Muttahidah” — jenama Kokon To Zai (KTZ), satu fesyen terkenal dari Britain — sewaktu perayaan ulang tahun ke-21 stesen televisyen popular Indosiar di sini.

“lndosiar, Agnes Mo pakai baju apaan, penghinaan umat Muslim,” tweet @rck_bigbabel kelmarin.

Istje Seserahan pula mengtweet di laman sama: “Kok Agnes Mo nyanyi di Indosiar bajunya kaligrafi Arab.

Laman perkongsian Rappler edisi Indonesia juga memuatkan beberapa tweet peminat yang mempertahankan Agnes, popular juga dengan lagu “Matahari”.
3
A Ainur Rohman melalui akaunnya @ainurohman mencoret: “Tulisan Arab di baju Agnes itu Al-Muttahidah, artinya persatuan. Memperlekehkan Islam macam mana?”

Majlis Ulama Indonesia (MUI) turut mempertahankan tindakan Agnes dengan alasan perkataan itu tidak bermaksud mencemarkan ayat suci al-Quran.

“Lalu yang dipakai Agnes itu bahasa Arabnya [bermakna] kesatuan. Sama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu Al-Muttahidah,” kata ketua dakwah majlis tertinggi agama republik itu Cholil Nafis.   



“Oleh kerana itu, saya berbaik sangka apa yang dipakai Agnes itu bukan melecehkan al-Quran.”



Bercakap kepada portal Tribune News, beliau menambah: “Saya lihat Agnes tidak salah [menggunakan perkataan tersebut]. 


“Kalau soal bahasa Arab, [bahasa] itu tidak bererti bahasa al-Quran.

“Oleh karena itu, kita seharusnya boleh membezakan dulu mana bahasa Arab al-Quran, mana bahasa Arab untuk pemakaian.



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Penyayi Indonesia Dihentam Pakai Baju Tulis Arab"

Post a Comment