Dolar Kanada Jatuh Teruk



Oleh Lim Sian See

Dolar Kanada, yang pernah menjadi lebih kuat berbanding Dolar AS kurang daripada 5 tahun lalu dijangka akan jatuh kepada AS$0.59 tahun ini dan akan kekal.
Sehari selepas 1 Dolar Kanada (loonie) jatuh ke paras bawah 70 sen AS buat pertama kali sejak 2003, David Doyle daripada Macquarie Capital Markets Canada Ltd menurunkan ramalan Dolar Kanada kepada 59 sen AS pada Selasa. Yang akan mencatatkan nilai loonie yang paling rendah, sejak 21 Januari, 2002, pada 61.79 sen AS.
Doyle tahu apa yang dikatakannya. Februari lalu, apabila Dolar Kanada bernilai hanya lebih 80 sen – ternyata betul – beliau meramalkan loonie akan bernilai 69 sen AS pada satu masa untuk 12 bulan yang seterusnya.
Dan ia telah berlaku Selasa lalu.
“Apabila loonie sampai ke tahap ini,” Doyle berkata, “ia akan kekal rendah sehingga hujung tahun 2018 atau kemungkinan lebih lama.”
Ramalan baru Doyle tidak melihat loonie di atas 65 sen AS pada bila-bila masa antara hujung tahun 2016 dan 2 tahun berikutnya.
Loonie telah menghadapi tekanan akhir-akhir ini disebabkan minyak dan Dolar AS. Harga minyak telah jatuh, dengan penanda aras setong minyak mentah daripada Amerika Utara jatuh di bawah $30 buat pertama kalinya dalam masa 13 tahun pada Selasa lalu. Itu telah menyebabkan kejatuhan loonie, memandangkan Dolar Kanada dianggap begitu penting dalam memainkan peranan terhadap harga minyak.
Sekiranya Dolar Kanada mencapai nilai AS$0.59 berbanding AS$1.06 pada tahun 2011, ia akan bersamaan dengan Ringgit yang jatuh daripada RM3.30 kepada RM6.00.
Sejak sebulan lalu, Ringgit telah kerugian 1.49% berbanding AS Dolar. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Ringgit sebenarnya stabil walaupun harga minyak jatuh mendadak dalam masa sebulan tersebut.
Banyak matawang negara lain yang lebih teruk berbanding Dolar Amerika, jika dibandingkan dengan Ringgit, sejak sebulan yang lalu. Antaranya, Pound British turun sebanyak 5.72%, Dolar Kanada kerugian 4.25%, Dolar Australia sebanyak 3.37%, New Zealand 3.06% – malah Dola Singapura juga kerugian 1.71%.
Yang paling teruk adalah Peso Argentina sebanyak +38.56% dan Ruble Rusia yang kerugian 9.57% sejak sebulan lalu.
Ini bermakna Ringgit lebih kukuh berbanding semua ini. Bagi mereka yang sering ke UK akan menyedari bahawa pound bernilai sebanyak RM6.7 hanya sebulan lalu dan hari ini ia bernilai RM6.3.
Mungkin Ringgit telah terlebih jual berbanding matawang yang lain sejak setahu lalu dan kini matawang lain berusaha ke arah itu.
Tetapi apa yang jelas adalah AS yang mengalami waktu sukar pada tahun 2007 -2012 semasa Kemelesetan Besar, kini telah kembali kukuh.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Dolar Kanada Jatuh Teruk"

Post a Comment