RM1.6 Juta Disamun 10 Lelaki



Kumpulan 10 lelaki menyamun wang tunai RM1.6 juta dari seorang kakitangan sebuah kedai barang kemas selepas melanggar motosikal ditunggang oleh pengawal peribadi yang mengiringi kakitangan terbabit ke se­buah bank, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi di Jalan Klang Lama itu, ka­kitangan terbabit dan pengawal yang ditugaskan oleh syarikat barang kemas berkenaan untuk mengiringi kakitangan itu, menaiki motosikal berasingan ke sebuah bank di Taman Desa untuk menyimpan wang hasil jualan barang kemas pada Jumaat lalu.

Dilanggar tiga kali
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor, berkata ketika dalam peijalanan, moto­sikal ditunggang pengawal pe­ribadi itu dilaporkan dilanggar sebanyak tiga kali hingga mangsa teijatuh.

"Melihat lelaki itu teijatuh, mangsa berpatah balik sebelum dikepung sekumpulan 10 suspek dlpercayai warga tempatan yang turut mengacukan sepucuk pistol dan sebilah pisau Rambo. Suspek kemudian merampas beg galas kakita- ngan itu yang mengandungi wang tunai sebelum melarikan diri," katanya.

Shahrul berkata, polis kemudian menemui kereta Proton Wira, dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu yang ditinggalkan di Jalan Kuchai Lama, di sini, tidak lama selepas kejadian.

"Setakat ini, polis masih men- jalankan siasatan untuk mengesan suspek berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa dan saksi," katanya sambil meminta saksi atau mereka yang mempunyai maklumat mengenai jenayah berkenaan agar menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "RM1.6 Juta Disamun 10 Lelaki"

Post a Comment