'Superman' Didenda RM5,000


KUALA LUMPUR - Seorang mekanik dijatuhkan hukuman penjara selama lima hari dan denda RM5,000 oleh Makhamah Trafik kerana melakukan aksi 'Superman', Ahad lalu. 

Hukuman itu dijatuhkan selepas Muhammad Danial Jamaludin, 21, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan menunggan motosikal secara melulu dan berbahaya.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan juga memerintahkan Danial menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan iaitu 24 Januari dan dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda berkenaan.

Muhammad Danial didakwa menunggang secara melulu dengan menggunakan motosikal jenis Kawasaki KR150 secara melalu dan berbahaya dengan aksi 'Superman' pada jam 9.20 malam. 

Pegawai Pendakwa, Inspektor Hashimah Hashim meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpalnya terhadap tuduhan.


Bagaimanapun ditolak dan dijatuhkan hukuman ringan kerana tertuduh perlu menanggung keluarga. - THEHYPEMEDIA.COM


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Superman' Didenda RM5,000"

Post a Comment